TIP UNTUK MENGHADAPI PROSPEK-POTENSI YANG MENDAKWA DIRINYA GAGAL. BANTU MEREKA DENGAN MEMBUKA MINDA...SUPER.
Salam Minda Supersj, ramai sahabat2 bisnes kita hari ini merasa kecewa kerana apa yang diimpikan hanya dicapai separuh jalan malah hanya tinggal impian. Adakah ini akan menjadi kunci penghalang kepada kesediaan kita untuk berubah "dari biasa-biasa menjadi luar-biasa" dan menjadi agen kepada perubahan? Tentunya tidak, pastikan impian kita tidak dicuri kerana anda perlu ingat "DUNIA BELUM KIAMAT", dan kenapa kita meletakkan senjata begitu awal? Biasanya, kerap kita menjadikan contoh kegagalan sebagai bentuk pengajaran dan natijah "kambing hitam", tidak bermuhasabah diri dan jarang kita menjadikan kejayaan sebagai satu contoh perlu diikuti. Tak percaya! Baiklah, cuba anda berjumpa dengan prospek-potensi pastinya akan ada yang menunjukkan bahawa bisnes ini tak boleh buat, kerana ramai yang telah kecundang dan gagal di peringkat awal. Perlu diingat, minda seperti ini dianggap sebagai minda negatif. Kenapa? Kerana mereka menunjukkan contoh kegagalan dan bukannya contoh kejayaan. Sebagai insan dilahirkan Muslim, mengapa kita menjadikan kegagalan sebagai contoh seumpama kita mengikuti ajaran Abu Jahal atau Abu Lahab - manusia yang gagal dan sedangkan kita mendakwa kita Muslim! Bermakna, kita wajib menjadikan contoh kejayaan sebagai ikutan iaitu mengikuti ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, contoh insan terpilih yang berjaya. NAK berjaya ikut Nabi Muhammad SAW dan bukannya contoh kegagalan, Abu Jahal atau Abu Lahab! Ingat, dunia belum kiamat, JOM BISNES kerana Sembilan Persepuluh Punca Rezeki Ialah Bisnes, kata Nabi Muhammad SAW. Maka ikutlah kata Nabi Muhammad SAW, Junjungan Besar Kita dan percayalah, Anda Buat Anda Dapat, dengan izin-Nya Maha Pencipta.
Menunjukkan Contoh Kegagalan Bermakna Kita Pengikut Kepada Bapa Kegagalan, Abu Jahal atau Abu Lahab. Apa macam?
salam, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment