Salam Ramadhan 1432, nikmatilah kecemerlangan bisnes dengan mengamati...memahami...menikmati...dan mengerti bait-biat ini, Sejarah Pelayaran Membuka Pintu Akal, Membuka Luas Fikiran Dari Tenggelam...(Melayar Bahtera, SEARCH). Apa tu? ikut sejarahnya, bangsa kulit putih (Portugal, Sepanyol, British) telah belayar keluar dari Eropah dalam proses untuk membina negara. Dalam proses ini, pelayaran keluar untuk memenuhi matlamat 3G iaitu GLORY (Kemahsyuran:penjajahan), GOLD (Kekayaan) dan GOD (ketuhanan). Ternyata, pelayaran keluar ini (membuka pintu akal) ternyata telah mengubah bangsa dari "biasa-biasa mencari bangsa luar biasa", dan tidak bertindak (membuka luas fikiran) akan menyebabkan pembinaan negara terganggu dan penuh dengan ANARKIS. Natijahnya, JOM HIJRAH, bersedia untuk berubah dan menjadi agen kepada perubahan.
Ambil strategi "membuka pintu akal, membuka luas fikiran":
Langkah 1 : di manakah kubu anda (tapak bisnes)? Di sini anda bermula, di sini anda membina kecemerlangan dan di sini anda membina rangkaian yang mantap. Pastikan anda memiliki pemimpin-usahawan hebat yang membimbing anda, pemimpin-usahawan di bawah rangkaian anda yang berdikari dan paling penting tidak salah sekiranya anda memiliki pusat kecemerlangan bisnes, MLM BUSINESS-CENTRE (MBC). Contohnya, S-CDM Dato' Suhaili Bt Yusof (BBU Johor Bahru), S-CDM Juliani Bt Bastamam (BBBangi), dan CDM Nor Hapsah BT Sulaiman (Ipoh).
Langkah 2 : anda wajib bertindak membuka rangkaian baru. Bagaimana? Contohnya, anda membuka rangkaian di SHAH ALAM. Anda boleh membuka rangkaian melalui dua kaedah iaitu pertama, ada menaja prospek-potensi baru secara langsung dan kedua, memiliki rakan kongsi yang mempunyai prospek-potensi. Kedua-dua kaedah ini, akan sangat membantu dalam membina rangkaian kerana (a) anda sendiri memiliki rangkaian baru secara langsung dan (b) anda sedang membina rangkaian dengan membesarkan bisnes di bawah anda menerusi rakan kongsi anda.
Langkah 3 : buat gerak-kerja dari ABC atau TABLE-TALK menerusi tindakan berdemo. Setelah anda memiliki ahli baru yang menyertai bisnes ini dan semakin ramai prospek-potensi dalam senarai maka anda boleh melakukan duplikasi sebagaimana yang dijalankan di MBC, iaitu paling mudah BISNES-TALK. BISNES-TALK merupakan ruang-suasana paling penting untuk mendapat ahli baru, dan mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap bisnes ini.
Langkah 4 : apa lagi! Terbinalah TEAM disitu tetapi program MBC diwajibkan hadir dan jangan lupa paling penting, program bersama TEAM lebih besar perlu disertai terutama di luar dari kawasan. Pastikan diri anda dan rakan kongsi anda dapat melihat kehebatan dunia luar bukan dalam kepompong kehidupan. Inilah yang dinamakan...MELAYAR BAHTERA. Dan perlu ingat, 1KUBU amat merbahaya kerana boleh terjejas bila TERSEBARNYA VIRUS (negatif). AMIN.
Salam kasih sayang,
Villa Premium Beautiful.