JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Tuesday, 13 September 2011

TNPOD8581HAI-O : SUPER-NETWORKING






THE NEW POWER OF DREAMS : 
MENCIPTA SEJARAH, MENCETUS REVOLUSI, MERINTIS SEGALA KEMUNGKINAN : BISNES MLM KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN

OLEH
JAMSARI BIN MOKTAR CDM M.A.(CIVIL.) UM B.A.(HONS.) MALAYA
PAKAR MOTIVASI-KEJURULATIHAN-PEMIMPIN-USAHAWAN-KONSULTAN
PRESIDEN
THE NEW POWER OF DREAMS 8581

Hai-O My Choice For Life

                Hai-O Marketing Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung berbentuk pemasaran berbilang tingkat atau “Multi-Level Marketing” (MLM) atau “Network Marketing”.  Anak syarikat Kumpulan Hai-O Enterprise tersenarai di Papan Kedua (1996) dan berpindah ke Papan Pertama Bursa Malaysia (2007).  Diterajui oleh tokoh korporat, Encik Tan Kai Hee merangkap Pengarah Urusan dan barisan pentadbiran diketuai Encik Teo Nee Siang, Pengurus Besar.  Dalam tempoh hampir 20 tahun, terkini Hai-O Marketing telah menjadi pentas melahirkan ramai pemimpin-usahawan Bumiputera khasnya.  Di Hai-O Marketing, perancangan, perlaksanaan dan pembinaan kekuatan jatidiri dan kehebatan perniagaan ini terbentuk melalui “perkongsian pintar” (smart partnership) dan “situasi menang-menang” (win-win situation). Iaitu saling membentuk persefahaman dan kerjasama antara pengurusan-pentadbiran (syarikat), pemimpin-usahawan MLM Hai-O (pengedar) dan usahawan stokis, dan tindak-balas pengguna disamping persefahaman dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK). Kerjasama antara usahawan Bumiputera (rangkaian) dan usahawan bukan Bumiputera (landasan) dapat dibuktikan berlangsung di Hai-O Marketing  Ini merupakan sebahagian dari proses pembinaan negara-bangsa, membina dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum dan integrasi nasional, dan mengisi kemerdekaan.  Kini, di persada industri jualan langsung di Malaysia, Hai-O Marketing mencipta nama, membina pencapaian dan menguruskan suatu kejayaan sebagai salah sebuah syarikat yang menjadi perhatian umum dan terhangat di pasaran.                  

Ikon Usahawan Cemerlang Hai-O

             Di Hai-O Marketing, Ikon Usahawan Cemerlang yang telah mencipta sejarah, mencetus revolusi, membawa perubahan dan pembaharuan dalam bisnes MLM Hai-O dipelopori oleh pasangan pemimpin usahawan Bumiputera, iaitu Pn Safiah Binti Yosop dan Encik Jamsari Bin Moktar. Menyertai Hai-O pada bulan Mei 2001 dan kini sudah 10 tahun sebagai pemimpin usahawan di Hai-O yang mencapai tahap usahawan jutawan.  Mencipta rekod pasangan pertama pemimpin usahawan Bumiputera mencapai pangkat tertinggi Crown Diamond Manage (CDM). Kedua-duanya memiliki kelulusan tinggi  dari IPTA dan berjawatan menarik di perhidmatan awam kerajaan. Namun begitu, keinginan untuk berubah hidup dan menjadi agen perubahan cukup kuat dalam diri, akhirnya S-CDM Safiah Binti Yosop (pendidik) dan S-CDM Jamsari Bin Moktar (pensyarah), mengambil keputusan menjadi usahawan MLM keusahawanan kerjaya pilihan.  Menyertai Hai-O Marketing pada bulan Mei 2001 dan kini sudah 10 tahun bersama syarikat. Malah bersama rangkaiannya telah melahirkan hampir 250 pemimpin usahawan berpangkat CDM.  Pasangan suami isteri ini menerusi TNPOD8581HAI-O telah mencipta beberapa pencapaian sehingga membawa perubahan dan pembaharuan dalam Hai-O Marketing dan bisnes MLM di negara ini,  Bertindak memulakan langkah membentuk rangkaian The New Power of Dreams (TNPOD) sebagai jenama rangkaian, menjenamakan produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FIR Beautiful dan sistem penapis dan merawat air Bio-Aura berteknologi FIR-NANO, memperkenalkan Projek I-KISS Fastrack 10 Set (pelan pemasaran) yang terbukti telah melahirkan beratus-ratus usahawan berpangkat CDM dalam tempoh singkat, termasuk mencipta rekod melahirkan 4 CDM pasangan adik-beradik suami-isteri dan 11 ahli-keluarga berpangkat CDM dan memperkenalkan sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan MLM menurut model dan modul yang sistematik.  Pasangan unggul ini kerap-kali muncul di beberapa media-massa sebagai pasangan contoh usahawan MLM Bumiputera. .  Tekad bersama rangkaian tersohor dipimpinnya, TNPOD8581HAI-O sedang mencipta nama, merangka dan membentuk kejayaan di samping menguruskan suatu pencapaian (kejayaan) dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan MLM Bumiputera tulen di Malaysia dan terkini di Indonesia.

The New Power Of Dreams : Mencipta Sejarah, Mencetus Revolusi, Merintis Segala Kemungkinan.

            TNPOD8581HAI-O merupakan akronim kepada The New Power of Dreams 8581.   TNPOD8581HAI-O muncul sebagai suatu rangkaian “super-networking” yang dibentuk sebagai wadah satu perjuangan (ukhuwwah) dalam bisnes MLM untuk memenuhi visi dan misi yang ditetapkan.  Kejayaan pemimpin bermakna kejayaan rangkaian, dan kejayaan rangkaian bermakna kejayaan syarikat.  Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.  Ditubuhkan secara tidak rasmi pada bulan Mei 2001 oleh pasangan Ikon Cemerlang Usahawan Hai-O, S-CDM Safiah Binti Yosop dan S-CDM Jamsari Bin Moktar. TNPOD8581HAI-O merupakan rangkaian pertama dibentuk di Hai-O, berintegriti, mencipta peluang dan ruang, malah sudah berusia 10 tahun di persada bisnes MLM.  Kehebatan dan keunggulan rangkaian ini menjadi ikutan kemunculan beberapa rangkaian lain samada di bawah TNPOD8581HAI-O atau bukan tetapi gagal bertahan lama.  TNPOD8581HAI-O memperkenalkan Formula Original MLM (FOM) dalam bisnes MLM.

             Kini TNPOD8581HAI-O telah mencapai usia 10 tahun (2001-2011) sebagai salah satu peneraju utama dalam bisnes MLM, tetap utuh walaupun dilanda gelombang malah kini menjadi semakin mantap, matang dan bersedia menghadapi cabaran.  Pengalaman membina, mengendali dan menggerakkan rangkaian TNPOD8581HAI-O telah menjadikan rangkaian ini amat matang.  Dipimpin oleh Ikon Cemerlang Usahawan Hai-O terutama Presiden TNPOD8581HAI-O, S-CDM Jamsari Bin Moktar dan pasangannya, S-CDM Safiah Bt Yosop.  Dibarisi pemimpin-usahawan tertinggi dalam BUSINESS-DEVELOPMENT-COMMITTEE (BDC) iaitu S-CDM Suhailah Bt Yosop dan S-CDM Mohd Azmir Bin Abdul Aziz; S-CDM Juliani Bt Bastamam dan S-CDM Zulkronain Bin Ahmad Nasir; S-CDM Dato Suhaili Bt Yusof dan S-CDM Sazali Bin Mohamad; S-CDM Siti Rohani Bt Zahari dan S-CDM Amran Bin Othman; dan S-CDM Norita Bt Razan dan Mohd Nilam Shahrudin, disamping barisan TOP-LEVEL MEETING berpangkat CDM dan DDM. Konsep ‘ukhuwwah’, ‘muafakat’ dan ‘bekerjasama’ telah dibentuk dalam rangkaian ini.
                   
                 Berikut merupakan pencapaian cemerlang TNPOD8581HAI-O di Hai-O Marketing dan industri bisnes MLM di Malaysia.  Pertama, menjadikan contoh bahawa usahawan MLM merupakan suatu kerjaya pilihan iaitu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan professional. Melalui kerjaya ini ramai usahawan Bumiputera telah lahir tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan termasuklah tender-tender, projek-projek atau subsidi-subsidi.  Sebaliknya, ini telah membuka dan mencipta peluang dan menjadi salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

                Kedua, pasangan suami-isteri ini mencipta rekod mencapai tahap tertinggi suami isteri CDM dalam tempoh singkat melalui Formula Original MLM (FOM) dengan pendapatan mencecah lima dan enam angka sebulan, dan di peringkat ini “menjual produk” begitu mudah kerana pengguna mula memahami kepentingan dan keperluan produk, melalui proses mendidik pengguna.  Ini bermakna semakin ramai munculnya golongan pertengahan dan usahawan bertaraf jutawan dan secara tidak langsung telah membantu mempertingkatkan pegangan ekuiti ekonomi Bumiputera.

                Ketiga, membina gaya hidup dan budaya keusahawanan kepada masyarakat Melayu yang kurang terdedah dengan bisnes MLM, memunculkan masyarakat Melayu baru yang bersedia untuk berubah dan menjadi agen kepada perubahan.

                Keempat, mencipta, merangka dan membentuk sistem latihan dan bimbingan kepimpinan dan keusahawanan MLM sebagai model bisnes.

                Kelima, mencipta rekod cemerlang dalam Hai-O dan bisnes MLM di Malaysia kerana melahirkan 11 adik-beradik termasuk ibu saudara dan sepupu mencapai pangkat CDM, dan melahirkan 4 pasangan suami isteri berpangkat CDM.

Keenam, menghasilkan alat bantu MLM (Tools) antaranya buku produk Beautiful dan Bio-Aura, projek pelan pemasaran I-Kiss Power2u, memberikan motivasi dan latihan. Malah mengambil inisiatif mengeluarkan iklan-iklan produk di beberapa majalah dengan perbelanjaan sendiri.

                Ketujuh, mencetuskan suatu perubahan kepada golongan pen
gguna wanita Bumiputera mengenai kepentingan memakai pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi FIR untuk kesihatan, kecantikan dan keyakinan.  Dan mencetuskan suatu perubahan mengenai kepentingan penggunaan sistem penapis air dan merawat air berteknologi tinggi FIR-NANO.  Kesannya, melakukan penjenamaan produk Premium Beautiful dan Bio-Aura di pasaran.

                Kelapan, pasangan usahawan ini kerap kali muncul di beberapa majalah-majalah utama mengenai kepimpinan dan keusahawanan dalam bisnes MLM dan ini membantu merintis kepada pembinaan jenama bisnes ini.
              
                Kesembilan, merintis kepada penyertaan usahawan-Bumiputera MLM membuka rangkaian stokis sebagai pusat pengedaran dan pusat latihan keusahawanan, dan kini memiliki stokis di Shah Alam, rangkaian stokis di Ipoh, Sungai Petani, Melaka, Johor Bahru.

               Kesepuluh, menggunakan jaringan teknologi maklumat sebagai instrumen pemasaran antaranya ada usahawan TNPOD8581HAI-O menjadi perintis menggunakan internet dan terbukti, melaluinya beliau menjadi usahawan bertaraf jutawan.  Trend menggunakan internet kini menjadi gaya ikutan masa kini.

              Kesebelas, sentiasa memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli dalam rangkaian melalui program-program yang melambangkan setiap usahawan dihargai dan diraikan. 

              Dan kesepuluh, ramai usahawan TNPOD8581HAI-O mendapat insentif seminar dan pelancongan seberang laut setiap tahun.  Bagi pasangan ini, sepanjang 10 tahun bersama Hai-O telah melancong lebih dari 30 destinasi sebahagiannya “zero cost”.

Kami di TNPOD8581HAI-O sentiasa mengalu-alukan kehadiran prospek-potensi yang bersedia untuk berubah hidup, dari biasa-biasa menjadi luar-biasa.  Kami di sini, bersedia untuk membimbing anda untuk mengapai peluang hebat, mencipta pencapaian dan menguruskan suatu kejayaan.

Produk Unggul Hai-O

              TNPOD8581HAI-O telah berperanan penting menjenamakan produk Hai-O.  Rangkaian ini memperkenalkan formula iaitu untuk sukses dalam bisnes MLM produk mesti dikategorikan kepada dua iaitu pertama, “The Killer-Product” dan kedua, “The Consumer Product”.  Rahsianya, “The Killer-Product Hai-O” merupakan produk yang telah mencetuskan revolusi di kalangan pengguna terutama Bumiputera iaitu pertama, Beautiful (Premium Beautiful) jenama pakaian dalam pembentukan kontur bentuk badan berteknologi tinggi FIR dan terkini, produk PB Short-Bra; kedua, Beautiful Bio-Aura jenama sistem penapis air dan merawat air berteknologi FIR-NANO; dan ketiga, Bio-zone Food Purifier yang sedang mencipta jenama.  Mengikut pengalaman S-CDM Safiah Bt Yosop, beliau telah diperkenalkan dengan produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FIR jenama PB pada pertengahan April 2001 yang diedarkan Hai-O Marketing Sdn Bhd.  Harga yang tinggi memberikan kejutan pertama.  Menurut beliau, “Pada mulanya saya hanya ingin menggunakan produk tetapi kemudiannya, saya dapat merasakan suatu perbezaan melalui pengalaman menggunakan produk ini.  Saya terus jatuh hati dengan produk ini dan ternyata, Beautiful telah memberikan nilai keyakinan semula sebagai seorang wanita berkerjaya dan paling penting, memberikan manfaat dari segi fizikal dan dalaman iaitu kesihatan”.  Berdasarkan pengalaman menarik ini tambah beliau, “Ini membuat saya terfikir, kenapa saya tidak berkongsi pengalaman dengan rakan sekeliling terutama wanita yang meminta komen tentang produk ini dan kemudiannya mengembangkannya dalam bentuk perniagaan?”.

             Kejutan kedua berlaku dalam tempoh seminggu apabila beliau telah memasarkan secara terus 10 set Beautiful pada harga tunai.  Menurut pasangan ini, sesuatu yang mustahil dan jarang berlaku produk berharga tinggi, dilihat bukan suatu keperluan pada waktu itu begitu mudah dijual di kalangan wanita Melayu.    Ini bermakna beliau telah berjaya mengubah persepsi dan mentaliti orang Melayu iaitu produk terletak kepada kehebatan fungsinya bukan pada harganya, manakala harga merupakan lambang kualiti sesuatu produk.  Pasangan ini Berjaya memilih dan menarik keluar salah satu produk yang berpotensi dan hebat untuk dipasarkan terutama di kalangan orang Melayu sebagai The Killer Product Hai-O. 

             Dan kejutan ketiga berlaku iaitu menerima cek pertama (imbuhan-bonus) bernilai lebih kurang RM4500.00 seminggu kemudian.  Bermula dari detik ini, pasangan ini mula mengkaji produk dan mengumpul testimoni, meneliti dan mengkaji pelan pemasaran (Projek I-KISS 10 SET) dan seterusnya membentuk sistem, berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebelum ini.  Sebelum ini sudah menolak MLM kerana hilang keyakinan selepas terlibat hampir 20 syarikat MLM tetapi belum Berjaya (belum gagal) tetapi akhirnya, menyertai Hai-O Marketing kerana telah menemui rahsia formula iaitu kehebatan produk dan pelan pemasaran.   Beliau dan pasangannya untuk memberikan sepenuh perhatian kepada perniagaan MLM ini.

                 Langkah pertama dilakukan ialah membentuk dan membina rangkaian dengan menaja adik-beradik dan rakan-rakan sekeliling, dan kini sebahagian besar darinya telah mencapai pangkat tertinggi CDM di Hai-O Marketing.   Pn Safiah Bt Yosop dan pasangannya telah memperkenalkan strategi dan teknik penjenamaan.  TNPOD dibentuk sebagai instrumen membentuk semangat kekitaan, kebersamaan dan kesatuan dalam menuju hala tuju dan matlamat sama seiring dengan misi dan visi syarikat.  Rangkaian ini telah bertindak mempromosi produk menerusi media-massa terkenal di Malaysia, membuka kaunter promosi dan Gerak Usahawan dan majlis ilmu di seluruh Malaysia.  Produk jenama Beautiful  telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari golongan wanita dan menjadikan produk pakaian dalam nombor 1 di Malaysia walaupun harganya tinggi dan menembusi pasaran terbesar ialah wanita Melayu.  Golongan wanita mula mementingkan keyakinan, kecantikan dan kesihatan menerusi produk ini.  Teknologi FIR Beautiful telah membawa kepada kemunculan beratus-ratus jenis baju dalam sebagai pesaing dan kemunculan produk-produk kesihatan menggunakan teknologi ini di pasaran.  Akhirnya, membantu menyumbang kepada penganugerahan dan pengiktirafan Hai-O sebagai jenama SuperBrands. 

                   Pada tahun 2006, pihak syarikat mengeluarkan produk terbaru untuk pasaran segmen keluarga iaitu sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi FIR, jenama Bio-Aura.  Tahun berikutnya, sistem penapis dan merawat air generasi kedua diperkenalkan menggunakan teknologi FIR-NANO setelah permintaan semakin meningkat dan tahap kesedaran pengguna semakin tinggi.  Bio-Aura merupakan sistem penapis yang merawat air dari air mati (tercemar) kepada air hidup.  Air hidup memiliki enam unsure penting yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti kesihatan.  Enam unsur tersebut ialah sifat air hidup ialah bersih, asli, dan anti-penyakit; kaya dengan mineral; bekalan oksigen tinggi; air bertenaga aura (tenaga kehidupan); molekul Kristal hexagon dan ukuran Ph setara dengan manusia. Kehebatan produk ini terbukti melalui penemuan-penemuan testimoni yang membantu menyembuhkan penyakit dan mempertingkatkan kualiti kesihatan.

            Dan produk terkini, Bio-zone Food Purifier (BZF) menggunakan teknologi bio-zone, teknologi terkini dalam penciptaan produk untuk keperluan kepenggunaan. BZF merupakan sistem pembersihan makanan melalui proses ozon.  Berkesan menyingkirkan toksin larut air, toksik larut lemak,dan bakteria dalam makanan; memelihara kesegaran makanan; dan menyingkirkan bau.  Menariknya, pihak syarikat sendiri telah mengiklankan produk dan keusahawanan di kaca-kaca TV, dan menjadikan produk ini semakin meningkat permintaan. Contohnya, Rancangan Gadis Melayu TV9 ditaja menerusi produk Premium Beautiful. 

Kesimpulannya, kekuatan bisnes MLM Hai-O terletak dari peranan pemimpin usahawan; sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan; pelan pemasaran hebat dan terbukti; dan paling penting ialah kekuatan produk yang memberikan manfaat penting kepada pengguna, selain peranan pihak syarikat.  Bagaimana dengan anda?  Sekiranya berminat anda dijemput untuk bersama-sama dengan kami mencipta peluang hebat bisnes bersama TNPOD8581HAI-O rangkaian terunggul di Hai-O dan bisnes MLM di Malaysia. JOM JOIN KITA.

        

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST