JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Friday, 12 August 2011

MINDA-JUTAWAN TIP 5 : MELASTIK KE BINTANG


MELASTIK KE BINTANG? Perkara mustahil yang boleh dicapai oleh manusia. Betul ke? Jawapannya tidak. Kenapa! Hari ini teknologi telah menjadikan manusia boleh melastik ke bintang: bagaimana? Menggunakan teknologi angkasa lepas dan kapal angkasa lepas ke langit adalah merupakan TINDAKAN MELASTIK KE BINTANG. Maknanya, tiada yang mustahil untuk dilakukan kerana Rekod Bukan Untuk Dipegang Tetapi Untuk Dipecahkan.
Apa kaitannya dengan kita? Berdasarkan penelitian sebagai seorang sejarawan dan sains sosial sebelum ini, hakikatnya orang Melayu memiliki sempadan diri yang telah menghadkan potensi diri untuk berubah dan menjadi agen kepada perubahan. Kita sendiri menyekat diri untuk berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa. Bagaimana? Bila kita ingin melakukan penajaan atau berkongsi pengalaman bisnes, maka muncul sempadan diri iaitu pertama, bisnes ini keluar modal atau tidak? Kalau keluar modal tak jalan atau kalau keluar modal lebur (hilang) macam-mana? Kenapa soalan ini biasa diajukan oleh prospek-potensi? Kerana mereka semenjak zaman penjajah (British), moyang dan datuk-nenek, malah ibu bapa sendiri mengambil pendekatan mudah dan selamat iaitu belajar tinggi ke, atau sederhana, atau rendah, atau tidak sekolah...cara paling mudah dalam hidup ialah BEKERJA MAKAN GAJI, tiap-tiap bulan dapat DUIT! Cukup ke tidak? Inilah budaya yang telah ditanamkan sehingga menghalang atau menghadkan potensi diri untuk berubah, setiap orang ada peluang untuk berubah. Sebab tu bila dicadangkan modal untuk dapatkan demo-set contohnya RM21K mereka dalam keadaan kurang selesa kerana, gaji mereka mungkin hanya RM2K. Inilah yang menyekat peluang kepada sesiapa sahaja untuk berubah dalam kehidupan.
Sempadan diri kedua, ialah budaya pengguna! Kita menjadi insan yang hanya bersedia untuk membeli dan menggunakan produk. Kenapa perlu buat produk? Tak payah susah-susah, dan beli dah siap kan senang. Inilah mentaliti yang perlu diubah dan dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST

BLOG ARKIB : POST TERKINI