JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Friday, 12 August 2011

MINDA-JUTAWAN TIP 4 :EMAS DIRAHNUKAN : MODAL?


Salam 12 Ramadhan 1432H, JOM kongsi strategi dan teknik bagaimana nak menaja modal aset : EMAS atau BARANG KEMAS. Sebelum tu, prospek-potensi dikategori kepada dua bentuk iaitu pertama, MODAL KONTAK dan kedua, MODAL ASET. Modal Aset merujuk kepada prospek-potensi memiliki modal fizikal, dan dibahagi kepada tiga bentuk iaitu pertama, berkelayakan mendapat kemudahan pinjaman peribadi (personal loan : kaki-tangan awam, badan berkanun, sektor swasta tertentu); kedua, mereka memiliki aset geran tanah, sijil amanah atau dana yang boleh dicagarkan atau mereka memiliki EMAS atau BARANG KEMAS boleh DIRAHNUKAN : bermaksud dicairkan untuk mendapatkan modal tunai (aliran modal); dan ketiga, mereka memiliki SIMPANAN TUNAI.
FOKUS dibicarakan mengenai MODAL ASET : EMAS (duit emas, jongkong emas, gigi emas pun boleh...) atau barang KEMAS (perhiasan).
more Untuk makluman, prospek-potensi paling ramai memiliki aset emas dan barang kemas adalah kawasan pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu. Di sana wujud budaya memiliki emas atau barang kemas sebagai sebahagian dari proses bisnes : modal pusingan kerana wujud budaya kaum wanita merupakan peniaga/usahawan yang gigih. Bagi mereka biasa bisnes, tindakan MERAHNUKAN emas adalah perkara biasa dalam memusingkan modal untuk mendapatkan KEUNTUNGAN. RAHNU-TEBUS-RAHNU-TEBUS dan dari situ mereka memanfaatkan penggunaan emas sebagai modal pusingan bisnes tenpa kehilangan modal asas : emas. Bagi yang tidak bisnes, emas disimpan sebagai perhiasan dan dirahnukan apabila keadaan mendesak, dan sukar ditebus semula kerana tiada sumber boleh digunakan sedangkan kalau bisnes, dapat ditebus dengan mudah kerana dijadikan MODAL PUSINGAN. Disini wujud seni budaya menarik, EMAS sebagai Potensi Ekonomi dijanakan untuk berubah hidup melalui BISNES. Hakikatnya, wujud dua golongan iaitu emas untuk tujuan modal pusingan bisnes dan emas sekadar barang perhiasan.
Ini bermakna, dalam proses menaja anda wajib bijak mengenal-pasti prospek pada kedudukan di mana? Tunjukkan bagaimana pemusingan modal emas dirahnukan berlaku dalam bisnes kita kerana mereka tiada masalah untuk memahaminya dan kepada yang tidak bisnes (perhiasan) seolah-olah emas ini adalah aset terakhir tidak boleh DIUSIK, kerana seolah-olah kalau diusik maka DUNIA AKAN KIAMAT. Pengalaman mempromosikan Premium Beautiful dan memperkenalkan Projek I-Kiss Power2u telah dapat "CLOSING" dengan mudah kepada mereka memiliki emas untuk pusingan bisnes dan sebenarnya, mudah menaja kepada mereka yang memiliki barang kemas untuk tujuan perhiasan. Paling penting TUNJUKKAN, bagaimana SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN dengan dibuka satu akaun untuk bisnes dan modal dipusingkan tanpa dicampur-adukkan dengan pendapatan sumber lain atau GAJI. Maksudnya, modal dipusingkan dan diberanakkan: kekayaan ekonomi akan meningkat apabila DUIT dalam akaun tersebut BERTAMBAH hasil dari SELLING dan SPONSORING; dan stok produk semakin meningkat kerana pentingnya DEMO-SET. Kena ingat, demo-set merupakan salah satu kekayaan yang dimiliki dalam bisnes ini, CONTOHNYA, setiap bulan dapat keuntungan dari menjual produk dan menerusi penajaan mendapat IMBUHAN BONUS dari rangkaian dan dalam masa sama, produk demo-set bertambah maka inilah yang dinamanakan KEKAYAAN SEMAKIN MENINGKAT.
Untuk makluman, anda wajib belajar untuk mengetahui, memahami dan menguasai Projek I-Kiss Power2u untuk memudahkan anda melakukan penajaan terutama terhadap MODAL ASET walaupun mungkin anda asalnya MODAL KONTAK. Beberapa prospek yang kita temui terdiri dari Modal Aset tetapi mendakwa mereka Modal Kontak. Kenapa? Sebab mereka tidak memahami mengenai POTENSI EKONOMI MENJANA SUMBER KEKAYAAN. Mereka ini biasanya memberikan alasan sudah beberapa kali membuat pinjaman malah di beberapa bank (hutang banyak), atau senarai nama BLACK-LIST terutama kaki-tangan kerajaan tapi kena diperingatkan bahawa DUNIA BELUM KIAMAT. Kita boleh tunjukkan jalan keluar kepada masalah seperti ini untuk merebut satu peluang yang hebat kerana lebih baik bertindak daripada tidak melakukan apa-apa tindakan. Ingat, TIADA HALANGAN SEBAB SEMUANYA PELUANG.
Kes menarik mengenai seorang prospek memiliki aset emas dalam bentuk wafer yang disertai (syarikat MLM) dan dibeli hasil dari pinjaman bank. Tidak bertindak mengembangkan aset tersebut menjadi sumber kekayaan, tak cukup duit, JUAL satu-satu dan akhirnya...FIKIRKAN, aset emas hilang dan pinjaman perlu terus dibayar : BEBAN. Tetapi, bila berjumpa prospek seperti ini anda tunjukkan sistem pengurusan kewangan kerana yang terlibat ini merupakan sebahagian besarnya KAKI-TANGAN KERAJAAN. Emas dirahnukan dan dicairkan menjadi modal untuk dipusingkan, EMAS tidak hilang DUIT semakin bertambah. Emas merupakan sumber modal paling cepat kerana RAHNU terus dapat DUIT, DUIT dijadikan modal buat projek dan hasilnya, TEBUS BALIK EMAS. EMAS TAK HILANG MODAL BERKEMBANG KEKAYAAN MENINGKAT.
JOM BISNES...EMAS sebagai Potensi Ekonomi Menjana Sumber Kekayaan. Ramai prospek tak tahu maka kita tunjukkan sistem pengurusan kewangan, sebab selain bisnes kita sebagai pemimpin-usahawan wajib untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada prospek mengenai apa yang perlu dilakukan dalam bisnes ini, selain manfaat diperolehi. Kita mesti menjadi usahawan KREATIF, INNOVATIF, PROAKTIF dan TEAM-WORK.

JOM CARI PROSPEK MODAL ASET : EMAS

scdmpower2u
Villa Premium Beautiful
Jam 07.30 pagi

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST

BLOG ARKIB : POST TERKINI