THE
NEW POWER OF DREAMS :
MENCIPTA
SEJARAH, MENCETUS REVOLUSI, MERINTIS SEGALA KEMUNGKINAN : KECEMERLANGAN 10
TAHUN
OLEH
JAMSARI BIN
MOKTAR CDM M.A.(CIVIL.) UM B.A.(HONS.) MALAYA
PAKAR
MOTIVASI-KEJURULATIHAN-PEMIMPIN-USAHAWAN-KONSULTAN
PRESIDEN
THE NEW POWER
OF DREAMS 8581
Ikon Usahawan
Cemerlang Hai-O : “Hai-O My Choice For Life”.
Di Hai-O Marketing, Ikon
Usahawan Cemerlang yang telah mencipta sejarah, mencetus revolusi,
membawa perubahan dan pembaharuan dalam bisnes MLM Hai-O dipelopori oleh
pasangan pemimpin-usahawan Bumiputera, iaitu Pn Safiah Binti Yosop dan Encik
Jamsari Bin Moktar. Menyertai bisnes MLM Hai-O pada bulan Mei 2001 dan
kini sudah 10 tahun sebagai pemimpin-usahawan cemerlang yang mencapi tahap
usahawan berpendapatan jutawan. Mencipta rekod cemerlang pasangan Bumiputera
pertama suami-isteri mencapai pangkat tertinggi Crown Diamond Manager (CDM)
dalam tempoh singkat. Kedua-duanya memiliki kelulusan tinggi dari IPTA dan berjawatan di perkhidmatan awam.
Keinginan untuk berubah hidup dan menjadi agen perubahan cukup kuat dalam diri,
akhirnya S-CDM Safiah Binti Yosop (pendidik) dan S-CDM Jamsari Bin Moktar
(pensyarah), mengambil keputusan menjadi usahawan MLM sebagai kerjaya pilihan. Bertindak memulakan langkah membentuk
rangkaian bisnes The New Power of Dreams 8581 (TNPOD8581) sebagai jenama
rangkaian. Kecemerlangan TNPOD8581
dapat dilihat apabila rangkaian ini telah melahirkan hampir 250
pemimpin-usahawan berpangkat CDM, suatu pencapaian yang membanggakan kepada
usahawan Bumiputera dalam bisnes MLM di Malaysia.
The
Killer-Product: Jenama Premium Beautiful dan Beautiful Bio-Aura
TNPOD8581 telah
memperkenalkan formula penting kepada rahsia kejayaan bisnes MLM Hai-O. Formula tersebut ialah nak sukses dalam
bisnes MLM produk mesti dikategorikan kepada dua iaitu pertama, produk “The
Killer-Product” dan kedua, produk “The Consumer Product”. Rahsianya, “The Killer-Product Hai-O” merupakan
produk yang telah mencetuskan suatu revolusi di kalangan pengguna terutama
Bumiputera iaitu pertama, produk Premium Beautiful (PB) jenama pakaian dalam pembentukan
kontur bentuk badan berteknologi tinggi FIR yang menjadi kegilaan kaum
wanita dan terkini, produk Premium Beautiful Short Bra. Walaupun harganya
tinggi tetapi dapat menembusi pasaran terbesar wanita Bumiputera, kerana
golongan wanita mula mementingkan keyakinan, kesihatan dan kecantikan.
Kedua, produk Beautiful Bio-Aura
(BBA) jenama sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi FIR-NANO. Pasaran segmen keluarga ini semakin meningkat
dan tahap kesedaran pengguna terhadap kepentingan air hidup semakin
tinggi. BBA menapis dan merawat air mati
(air tercemar) kepada air hidup yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti
kesihatan. Dan ketiga, Bio-Zone Food Purifier jenama sistem pembersihan melalui proses
pengozonan. Produk-produk ini terbukti penting dan berkesan melalui
penemuan-penemuan testimoni yang dapat membantu menyembuh penyakit dan
mempertingkatkan kualiti kesihatan.
Kini, produk-produk tersebut telah diiklankan di beberapa media massa
termasuk televisyen dan “Bill-Board”, dan malah menjadi penaja kepada beberapa
program di televisyen.
The New Power
Of Dreams : Mencipta Sejarah, Mencetus Revolusi, Merintis Segala Kemungkinan.
TNPOD8581 merupakan
perintis kepada kemunculan rangkaian “super-networking” di
Hai-O. Sempena Ulang-tahun Ke-10 pada tahun ini, di persada bisnes MLM
telah menjadikan rangkaian ini paling cemerlang, berkredibiliti dan dibentuk
sebagai suatu wadah perjuangan membentuk “silaturrahim” dan “ukhuwwah” bagi
memenuhi visi dan misi yang ditetapkan. Kejayaan
pemimpin-usahawan bermakna kejayaan rangkaian, dan kejayaan rangkaian bermakna
kejayaan syarikat, proses saling lengkap-melengkapi. Kecemerlangan dan keunggulan rangkaian ini
menjadi contoh kepada kemunculan beberapa rangkaian, tetapi kebanyakkannya gagal
kerana gerak-kerja yang bertentangan dengan “Formula Original MLM (FOM)
yang menjadi tunggak kecemerlangan TNPOD8581.
TNPOD8581 kini menjadi
semakin mantap, matang, berdikari dan bersedia menghadapi cabaran walaupun
gelombang melanda bisnes ini kerana pengalaman membina dan menjenamakan,
mengendalikan dan menggerakkan rangkaian amat penting. Di TNPOD8581, rangkaian ini dipimpin dan dipandu
oleh “Business-Development-Comitte”
(BDC) yang dianggotai oleh pemimpin-usahawan cemerlang di Hai-O
iaitu S-CDM Safiah Bt Yosop dan
pasangan, S-CDM Jamsari Bin Moktar; S-CDM Suhailah Bt Yusof dan S-CDM Mohd
Azmir Abd Aziz; S-CDM Juliani Bt Bastamam dan S-CDM Zulkornain Bin Ahmad Nasir;
S-CDM Siti Rohani Bt Zahari dan S-CDM Amran Bin Othman; S-CDM Dato Suhaili Bt
Yusof dan S-CDM Sazali Bin Mohamad; S-CDM Norita Bt Razan dan Mohd Nilam
Shahrudin. Dan dibantu oleh,
pemimpin-usahawan “Top-Level Team” (TLT) dianggotai oleh CDM dan DDM. Gabungan
kepimpinan ini telah memperkukuhkan “silaturrahim”, “ukhuwwah”, “muafakat” dan
“kerjasama”.
Pencapaian dan
Kecemerlangan : Rekod Bukan Untuk Dipegang, Tapi Untuk Dipecahkan.
Pertama,
pasangan Ikon Usahawan Cemerlang ini menjadikan usahawan MLM sebagai suatu
kerjaya pilihan yang berkredibiliti dan berwibawa, kolektifan menurut
standardnya, sama dengan beberapa bidang professional lain. Pasangan pertama Bumiputera mencapai pangkat
CDM suami-isteri menerusi FOM.
Bermula dari menjual produk, mendidik pengguna mengenai kepentingan
produk dan akhirnya, membuka ruang dan peluang untuk menjadi usahawan kepada
prospek-potensi.
Kedua, antara
pencapaian
peribadi pasangan cemerlang ini ialah mencipta rekod CDM Bumiputera
pertama di Hai-O berpendapatan enam angka sebulan dan beberapa kali
menghampiri pendapatan setengah juta sebulan.
CDM Bumiputera pertama membeli barisan kereta mewah
antaranya Mercedes Benz S350 bernilai RM1.29juta. Memiliki aset hartanah
antaraya membeli rumah mewah bernilai RM2.4juta (kini bernilai RM5juta)
dan memiliki beberapa kedai-pejabat. Bermatlamat untuk menunjukkan bahawa
bisnes MLM ini adalah suatu kerjaya pilihan yang tepat, dan cemerlang sekiranya
menurut peraturan yang ditetapkan.
Ketiga,
pasangan cemerlang mencipta rekod melahirkan 11 usahawan CDM dalam suatu
keluarga dan melahirkan 4 pasangan CDM suami isteri. Keluarga ini dipanggil Keluarga Usahawan Hai-O.
Satu pencapaian rekod yang cemerlang di Hai-O dan bisnes MLM di Malaysia. Keluarga usahawan Hai-O ini telah diraikan
dan menerima beberapa anugerah tertinggi pihak syarikat di atas
pencapaian-pencapaian yang telah dibuktikan.
Keempat,
pasangan cemerlang ini mencipta rekod melahirkan CDM Bumiputera Hai-O pertama
dari kawasan utara, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak. TNPOD8581 telah melahirkan hampir 250
pemimpin-usahawan berpangkat CDM. Ini bermakna, pegangan ekuiti kekayaan orang
Melayu semakin meningkat.
Kelima,
pasangan cemerlang ini telah memperkenalkan strategi dan teknik penjenamaan
menerusi penggunaan media-massa dan pengiklanan. Terpilih muncul di beberapa majalah utama
seperti Majalah Wanita, Keluarga, Jelita, Perempuan, Nona, Pa Ma, dan
sebagai contoh usahawan cemerlang dalam bisnes MLM. Kesannya, ini telah menjenamakan nama pasangan ini dan
menjenamakan
budaya bisnes terutama di kalangan Bumiputera.
Keenam,
dengan pembiayaan menerusi rangkaian, pasangan ini telah mengiklankan produk PB di
beberapa majalah utama, membuka kaunter promosi samada persendirian atau
menerusi agensi kerajaan.
Kesannya, jenama PB telah menjadi produk kegilaan wanita malah hingga
menjadi jenama sebutan dan lebih dikenali berbanding jenama
syarikat. Kesannya, perkembangan ini
telah melahirkan berpuluh-puluh jenis pakaian dalam pembentukan badan di
Malaysia. BBA juga dijenamakan dengan kaedah sama. Penjenamaan ini diperkukuhkan dengan teknik
mendidik pengguna mengenai kepentingan produk dan kesannya, permintaan terhadap
produk ini semakin meningkat.
Ketujuh,
paling penting ialah berlaku perubahan minda kaum wanita mengenai
kepentingan memakai pakaian dalam berteknologi tinggi FIR jenama PB untuk
kesihatan, kecantikan dan keyakinan. Dan
mencetuskan perubahan kepada pengguna mengenai kepentingan sistem penapis dan
merawat air berteknologi tinggi FIR-NANO.
Kelapan,
pasangan ini menjenamakan pelan pemasaran Projek I-Kiss Power2u iaitu
direka-cipta berdasarkan pelan syarikat dan digabungkan dengan pengalaman
bisnes untuk memudahkan, mempercepatkan dan memperkukuhkan bisnes dalam membina
rangkaian. Terbukti, telah membantu
melahirkan ramai pemimpin-usahawan sehingga sebahagiannya mencapai pangkat CDM
bertaraf usahawan jutawan.
Kesembilan,
pasangan cemerlang ini telah melakukan penyelidikan dan menghasilkan penulisan
yang diterbitkan sebagai alat bantu bisnes MLM (“Tools”). Antara penerbitan tersebut ialah buku Asas
Bisnes MLM, buku penajaan TNPOD8581, buku pelan pemasaran
projek, buku produk PB dan buku BBA, disamping bahan-bahan bercetak lain, dan
sebahagiannya diterbitkan melalui iklan di majalah-majalah.
Kesepuluh,
menerusi TNPOD8581 pasangan ini telah merangka, mencipta dan membentuk
modul program sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan sebagai suatu
instrumen untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpengetahuan, dan
menunjukkan untuk menjadi usahawan seumpama memasuki “Universiti Terbuka” iaitu
pembelajaran sepanjang hayat. Disamping itu, sentiasa menekankan kepentingan
sistem latihan dan motivasi bisnes.
Kesebelas,
merintis penggunaan teknologi maklumat (ICT) sebagai instrumen pemasaran produk dan
pembinaan rangkaian terutamanya internet dengan memiliki laman web. Terbukti, menerusi internet alam maya, lahir
usahawan yang memasarkan produk dan berpendapatan jutawan. Trend menggunakan
internet kini menjadi salah satu budaya bisnes menerusi e-networking.
Kedua-belas,
merintis kepada kemunculan usahawan yang memiliki stokis iaitu pusat pengedaran
produk dan pusat latihan. Di bawah TNPOD8581, rangkaian ini memiliki 10
buah stokis di seluruh negara. Ini
membawa kepada pembelian dan pemilikan hartanah iaitu kedai-pejabat.
Ketiga-belas,
sentiasa memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan kongsi dalam
rangkaian melalui program-program termasuk dianjurkan oleh pihak syarikat. Penghargaan dan pengiktirafan juga diberikan
dalam bentuk layak insentif seminar seberang laut.
Dan sepanjang 10 tahun bersama Hai-O, pasangan ini telah melawat hampir
35 destinasi di luar negara sebahagiannya “Zero Cost”.
Pencapaian dan
kecemerlangan TNPOD8581 dalam bisnes MLM Hai-O sehingga kini tidak dapat
ditandingi kerana melakukan gerak-kerja tanpa henti, bersedia untuk berubah dan
menerima pembaharuan. Dipimpin oleh barisan usahawan cemerlang, sistem latihan,
produk hebat menerima kepercayaan pengguna, pelan pemasaran hebat, selain
kerjasama pihak syarikat. Berpaksikan
motto cemerlang TNPOD8581, “Mencipta Sejarah, Mencetus Revolusi, Merintis
Segala Kemungkinan”. Bagaimana dengan anda? Sekiranya berminat, anda dijemput
untuk menyertai kami bagi mencapai impian dan merebut peluang hebat bisnes
bersama TNPOD8581, rangkaian terunggul di Hai-O dan bisnes MLM di Malaysia. JOM
JOIN KITA.
No comments:
Post a Comment