TEKS UCAPAN
SEMPENA DIAMOND NITE MAC 2011
MIECC SERI KEMBANGAN
VVIP : DATO ISMAIL SABRI YAACOB
MENTERI DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEPENGGUNAAN DAN KOPERASI (KODNKK)
Yang Amat Berbahagia, Dato Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan
dan Koperasi (KPDNKK),
Yang
Berbahagia Tan Sri Osman S Cassim, Pengerusi Kumpulan Hai-O Enterprise,
Yang
Berbahagia lagi disayangi ayahanda Encik Tan Kai Hee,
Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O
Merangkap
Pengarah
Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang
Dihormati, pengarah-pengarah kumpulan Hai-O,
Yang
Dihormati, tetamu-tetamu jemputan VIP Hai-O,
Yang
Berbahagia Encik Ng Lip Yong, Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang
Dihormati Encik Hasni Bin Mohamad, penasihat Hai-O,
Yang
Dihormati Encik Jimmy Ouw, Pengurus Besar Hai-O Marketing Sdn Bhd dan
barisan pentadbiran Hai-O Marketing,
Yang
Dihormati pemimpin-pemimpin usahawan CDM-CDM,
Yang
Disayangi lagi dihargai barisan pemimpin-pemimpin hebat di bawah rangkaian
Saya,
Yang
Diraikan barisan pemimpin-usahawan masa depan Hai-O berpangkat DSM-DDM dan Penerima
Anugerah Tabung Kereta,
Usahawan-usahawan
Hai-O dan bakal-bakal prospek yang sedang mencari peluang,
Dan
para hadirin dan hadirat sekalian.
Dengan kalimah Bismillahi’ Rahman’nir Rahim, Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian
Alam. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Salam perkenalan, salam persahabatan,
salam persaudaraan dan salam perjuangan 1Keluarga 1Malaysia 1Impian
dihulurkan dari saya CROWN DIAMOND MANAGER SAFIAH BINTI YOSOP
dan pasangan, CDM JAMSARI BIN MOKTAR.
Segala puji-pujian dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, Allah
SWT kerana dengan keizinanNya, kita dapat berkumpul dalam majlis
gilang-gemilang Diamond Nite Edisi Mac 2010.
Semoga majlis ilmu dan motivasi ini akan dirahmati dan diberkati,
diberikan keampunan dan perlindunganNya.
Syukur Alhamdulillah, kami merupakan pasangan suami-isteri
Bumiputera pertama mencapai tahap tertinggi, suami-isteri berpangkat CDM.
Kami mengambil keputusan bulat untuk menjadi generasi terakhir dalam keluarga
bekerja makan gaji berpindah menjadi usahawan sepenuh masa bersama Hai-O,
bersedia berubah dan menjadi agen kepada perubahan. Usahawan MLM merupakan
suatu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan menurut standardnya. Hai-O
My Choice For Life.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Di kesempatan ini, ingin dirakamkan
jutaan terima kasih kepada TETAMU KEHORMAT, Dato’ Ismail Sabri Yaacob
Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi
(KPDNKK) kerana sudi hadir untuk melihat hebatnya perniagaan berbentuk MLM
Hai-O Marketing. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh pihak Dato’ dan kementerian, khususnya mengenai sektor perniagaan jualan
langsung yang menjadi teras kepada perniagaan Hai-O. Pada malam berbahagia ini, pastinya Dato’
akan dapat berkenalan dengan kami, dan Dato’ telah, sedang dan akan menyaksikan
hebatnya budaya Hai-O yang terhasil dari hebatnya perniagaan bersama Hai-O
Marketing. Disinilah, Hai-O menjadi
landasan dan pentas kepada kami untuk dilahirkan, digilap dan dijadikan sebagai
seorang usahawan MLM yang tulen. Bagi
kami, Hai-O Marketing merupakan sebuah “universiti terbuka” (open university)
untuk melahirkan graduan-graduan usahawan yang cemerlang, berdisiplin dan berketerampilan.
Together
We Achieve.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah diucapkan kepada barisan
pengurusan Hai-O terutama kepada ayahanda Encik Tan Kai Hee, seorang usahawan
yang telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul dalam perniagaan ini. Beliau menjadi IKON dan MENTOR kepada
kelahiran, kemunculan dan merealisasikan pencapaian yang memberangsangkan di
kalangan pemimpin-usahawan MLM Hai-O terutamanya di kalagan usahawan
Bumiputera. Yang Berhormat Dato, kenapa
kami semua sebagai pemimpin-usahawan di Hai-O amat menyayangi, menghormati dan
menyanjung tinggi beliau sehingga digelar sebagai ayahanda kepada kami
semua? Dari lubuk hati kami yang ikhlas,
ayahanda Tan Kai Hee merupakan seorang insan yang berkeperibadian tinggi, mesra
dan ramah, pemurah dan dermawan, merendah diri tetapi bijak dan berwawasan,
ikhlas dan jujur, menekankan pentingnya “keharmonian” dan “persaudaraan”, malah
prihatin kepada keadaan. Dan inilah
sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau yang menyebabkan beliau sangat dikagumi, disanjungi
dan dihormati. Walaupun berbeza warna
kulit dan kepercayaan, budaya dan warisan, malah pertuturan tetapi bukanlah
penghalang untuk membentuk jalinan kerjasama dalam sesebuah negara berbilang
kaum di Malaysia ini. Beliau merupakan “Arkitek”
kepada Hai-O dgn kemunculan pemimpin-pemimpin usahawan bertahap tinggi
dalam industri jualan langsung di Malaysia, dan pastinya selepas ini melebarkan
sayap ke pasaran antarabangsa bermula dengan Indonesia.
Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus
Besar Hai-O Marketing, yang juga merupakan tulang-belakang kepada kejayaan
Hai-O. Beliau merupakan seorang insan
berjiwa besar dan menitikberatkan kesepaduan kerjasama dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.
Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Encik Jym Oow. Beliau banyak membantu para usahawan
mempertingkatkan prestasi pemasaran masing-masing dengan cara yang cukup
berhikmah dan nama beliau sentiasa berada di hati kami.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah kepada barisan
pemimpin-pemimpin usahawan Hai-O antaranya rakan seperjuangan CDM Suhailah Bt
Yusof, CDM Mohd Azmir Abdul Aziz; . Tahniah diucapkan
kepada bakal pemimpin masa depan Hai-O yang dirai dan dianugerahkan pada malam
gilang-gemilan ini iaitu penerima anugerah pangkat DSM seramai 439 usahawan,
DDM seramai 105 usahawan dan Penerima Anugerah Tabung Kereta seramai 45
usahawan. Kepada pemimpin-usahawan masa
depan ini, perjuangan kita belum selesai.
Marilah kita bersama-sama bergabung tenaga membentuk kerjasama untuk
merealisasikan visi dan mimpi untuk memacu ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan bersama Hai-O dengan melahirkan 1Keluarga 1Usahawan. Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk
memastikan setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya seorang usahawan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Yang Berhormat Dato’, di Universiti
Terbuka Hai-O, kami dilatih dan dibimbing menerusi sistem latihan kepimpinan
dan keusahawanan dengan menitikberatkan ilmu pengetahuan mengenai perniagaan
MLM dan digabung-jalin dengan pengalaman-pengalaman berharga, akhirnya inilah
titik-tolak kemunculan pemimpin-usahawan yang berketerampilan. Bagi kami sendiri, saya terlibat dalam
perniagaan MLM Hai-O kerana tertarik dengan manfaat dari penggunaan produk
pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FIR jenama Premium
Beautiful. Produk ini membantu
mempertingkatkan kualiti kesihatan pengguna dan hari ini, Alhamdulillah ianya
telah mencetuskan revolusi pakaian dalam cukup hebat di Malaysia dan kini
diikuti dengan produk sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi
FIR-NANO jenama Beautiful Bio-Aura.
Bermula dengan mengguna produk, seterusnya bersedia berkongsi pengalaman
mengguna akhirnya, menjadikan produk ini sebagai suatu bentuk perniagaan yang
amat hebat di Malaysia. Dan matlamat
kami ialah untuk melahirkan seberapa ramai usahawan sejati Bumiputera di Hai-O
dan industri ini, sebagai suatu kerjaya ibadah tetapi mesti mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan dan mementingkan persoalan moral dan etika dalam
perniagaan.
Di pentas ini, kami telah membuktikan
bahawa orang Melayu sebenarnya memiliki “skill” (kecekapan) dan kebijaksanaan
untuk mengejar peluang menjadi usahawan cemerlang, bukan sekadar usahawan
biasa-biasa malah sebahagiannya telah mencapai tahap usahawan-jutawan dan
usahawan multi-jutawan. Di pentas ini,
semua orang memiliki peluang yang sama untuk mencipta perubahan dan kejayaan
dalam kehidupan. Perubahan dapat dicapai
dengan pra-syarat mereka memiliki sifat-sifat seorang usahawan sejati iaitu
sentiasa berfikiran positif, kreatif, innovatif (mencipta), dan bertindak
pro-aktif.
Marilah bersama-sama kita berganding
bahu meletakkan visi dan misi secara bersama. Prinsip Simbiosis iaitu “saling
lengkap melengkapi sebagai suatu budaya perniagaan Hai-O”, walaupun wujud
persaingan pastinya ianya bersifat “konflik dalam kerjasama”. Namun
begitu, sememangnya tidak dinafikan wujudnya permasalahan yang timbul sehingga
mewujudkan persepsi yang salah, tanggapan negatif dan tidak benar terhadap
perniagaan jualan langsung termasuk di Hai-O.
Bagi kami, sekiranya mereka melakukan pelanggaran perundangan dan
melanggar etika, selayaknya mereka diberikan peringatan, amaran dan
hukuman. Dan sebagai usahawan tulen
sejati, kami tetap memperjuangkan sistem perniagaan MLM yang tulen dengan
menekankan kepada kehebatan dan manfaat produk, pelan pemasaran yang telus dan
bertanggungjawab dan melakukan tindakan “servis-follow-up” yang
sistematik. Berdasarkan kepada peredaran
masa, Hai-O bersedia untuk melakukan transformasi dalam perniagaan jualan
langsung selaras dengan perubahan dan pembaharuan yang sedang berlaku. Bermula
dari hari ini, marilah kita bersama-sama menjadikan perniagaan MLM sebagai
suatu perniagaan yang murni dalam proses menjadi pemimpin-usahawan sejati dan
tulen. Sense of Belongings.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Syukur Alhamdulillah, Hai-O kini pada
landasan yang tepat untuk muncul sebagai MODEL atau contoh sebuah syarikat
jualan langsung yang telah merintis, mencetuskan revolusi dan melakukan
transformasi dalam proses melahirkan pemimpin-usahawan Bumiputera berprestasi
tinggi dalam industri jualan langsung.
Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Maju
Berpendapatan Tinggi. Sehingga
Januari 2010, Hai-O Marketing telah melahirkan seramai 323 usahawan berpangkat
CDM, dan menanti beratus-ratus dan beribu-ribu pengedar yang sedang berusaha
untuk mencipta pencapaian dan kejayaan.
Berdasarkan fakta-fakta ini, Hai-O
sebagai model khasnya, dan industri jualan langsung amnya akan memberikan impak
dan kesan penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Perlu diingat, perniagaan jualan langsung
telah menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
negara. Melaluinya wujud percukaian; zakat
dan sedekah, dan sumbangan sebagai tanggungjawab sosial; membantu mewujudkan
peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran; membasmi kemiskinan. Dalam
konteks yang lebih luas membantu mempertingkatkan pegangan ekuiti orang Melayu
dalam pegangan ekonomi dan menjadi instrumen untuk mempromosikan keharmonian
antara kaum di Malaysia. Selaras dengan
dasar kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai kesinambungan
dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu untuk
mewujudkan kesimbangan antara kaum dan membantu membasmi kemiskinan ke arah Negara
Maju Berpendapatan Tinggi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Melalui hasil kerja tangan “Arkitek
Hai-O” dan bentuk kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan syarikat,
pemimpin-usahawan, persatuan malah agensi-agensi kerajaan dan pengguna, maka di
Hai-O, “Beza Memang Berbeza”. Di Hai-O,
kita dapat menyaksikan wujudnya secara praktikal “perkongsian pintar” (smart
partnership) dan “situasi menang-menang” (win-win situation) antara
kaum Melayu dan bukan Melayu dalam membina bangsa 1Hai-O 1Malaysia. Ide mantan PM Tun Mahathir Muhammad ini
kemudiannya disulami dengan cita-cita melahirkan Melayu Berpersonaliti Unggul oleh
mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi dan di Hai-O ini berlaku. Munculnya pemimpin-pemimpin usahawan Melayu
yang cemerlang, berkredibiliti, berkesinamabungan dan jalinan ini diteruskan
melalui pembentukan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan PM Datu Seri Najib Tun Razak,
dan slogan kita Ayahanda Encik Tan Kai Hee adalah “ARKITEK KEPADA KELAHIRAN
USAHAWAN BUMIPUTERA DI HAI-O” dan dalam industri jualan langsung di
Malaysia. Terima kasih sekali lagi,
kerana telah menyediakan landasan dan pentas kepada kami terutama usahawan
Bumiputera untuk mencipta peluang, membina impian dan memenuhi harapan menjadi
insan yang berbakti kepada negaranya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hai-O telah muncul menjadi jenama
perniagaan yang hebat dan ini dibuktikan melalui penerimaan pengiktirafan dan
penganugerahan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antara anugerah berprestij yang diterima oleh
Hai-O dan memberikan kesan kepada pertumbuhan perniagaan ialah:
Pertama, pada tahun 2007,
Hai-O telah menerima Anugerah Khas Gerak Usahawan 2007 dalam kategori “Sumbangan
Ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” disampaikan
oleh mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menerusi Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD).
Kedua, pada tahun 2008, Hai-O telah
menerima “Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika” disampaikan oleh bekas
Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad.
Ketiga, pada tahun 2009,
Hai-O telah menerima “Malaysian Business-CIMA Enterprise Governance Awards
2009” disampaikan oleh Dato’ Seri Mustapha Mohammad menerusi Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian dan anugerah “The BrandLaurete
Awards 2009” disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
Keempat, di peringkat antarabangsa Hai-O
menerima “Anugerah Forbes Asia ‘Best Under A Billion’ tiga tahun berturut2,
tahun 2007, 2008 dan 2009.
Dan
terkini, Anugerah CSR Perdana Menteri disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Anugerah CSR
atau “Corporate Social Responsbility” diberi kepada syarikat-syarikat yang
memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab
sosial. Dan Hai-O menerima anugerah
dalam kategori “EMPOWERMENTOF WOMEN” iaitu antara syarikat paling ramai
melahirkan usahawan wanita dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa. Tahniah sekali lagi, kerana pada majlis ini
10 usahawan wanita Hai-O telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menerima
Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang. Satu
bentuk penghargaan amat bermakna kepada usahawan wanita dan bagaimana dengan
usahawan lelaki? Tidakkah anda tercabar dengan anugerah ini?
Tuan-tuan dan puan-puan,
Di pentas Hai-O ini, para usahawan dan
pengedar yang layak tanpa membezakan pangkat dan kedudukan sentiasa dihargai
dengan memberikan pengiktirafan dan penganugerahan, malah diberikan insentif
dan promosi yang berterusan sebagai suatu galakan. Bermula dari pangkat SM sehingga CDM, setiap
pencapai akan dirai dan dianugerahkan. Dan paling menyeronokkan di sini, anda
berpeluang menyertai Seminar Pelancongan Luar Negara secara “ZERO COST” yang
disediakan oleh pihak syarikat. Contohnya,
sepanjang 9 tahun kami menyertai Hai-O, kami telah mengunjungi lebih dari 25
destinasi paling popular di seluruh dunia. Terbaru, seramai 899 usahawan Hai-O
telah melancong ke Beijing menerusi Hai-O dengan kos hampir RM3juta. Dan kini, kami berusaha untuk mendapatkan
pakej insentif percuma Umrah-Ziarah atau pelancongan Switzerland 2010.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum menutup bicara ini, ingin saya
mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada pihak
syarikat Hai-O yang telah menjadi landasan dan pentas untuk “kita berubah dari
biasa-biasa menjadi luar-biasa” terutamanya ayahanda Encik Tan Kai Hee dan
tidak lupa kepada Encik Jym Oow, pengurus besar yang memiliki perancangan dan
wawasan futuristik, bijak dan berani, dan Encik Tajudin Bin Ali, pengurus
pemasaran yang kuat bekerja dan gigih, serta sentiasa memberikan kerjasama
tanpa rasa jemu dan penat. Sekalung
penghargaan paling istimewa buat barisan rakan kongsi yang sentiasa di hati,
gabungan kerjasama anda dalam membentuk rangkaian yang hebat, kukuh dan mantap
pasti menjad ikon masyarakat Malaysia.
Akhir bicara, pastikan kita
bersama-sama menghayati kata-kata ini, “TO BE THE BEST JOINT THE SUCCESS HAI-O,
MY WORLD IS MY HAI-O”. BERTEMU ANDA DI
PUNCAK KEJAYAAN


