JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Thursday, 3 November 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 18: MODAL ASET VS MODAL KONTAK


Saya usahawan bisnes MLM Hai-O dan saya menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.  Saya mempromosikan Projek I-Kiss Power2u iaitu formula untuk menjadikan seorang prospek-potensi menjadi biz-partner, dan menjadi pemimpin dan usahawan.  Sistem I-Kiss merupakan akronim kepada “Ikut Konsep Ikut Sistem”.  Ikut sistem merupakan kaedah untuk melakukan proses penajaan dan membina rangkaian dalam bisnes MLM.  Dalam proses penajaan, anda akan bertemu dengan dua bentuk prospek iaitu pertama, prospek-potensi modal aset dan kedua, modal kontak.  Pertamanya, apakah dimaksudkan dengan modal aset?  Modal aset bermaksud prospek-potensi memiliki modal secara fizikal atau peluang memiliki modal.  Perlu diingat, mana ada bisnes tidak memerlukan modal, cuma modal besar atau kecil bergantung kepada kemampuan dan keperluan yang telah ditetapkan. Dan sekiranya, berkemampuan dan memiliki modal maka mengapa dihalang untuk mengeluarkan modal dan umumnya, modal tidak dapat ditentukan dan bergantung kepada prospek-potensi.  Mungkin ada yang lebih dan berkemungkinan, lebih dari modal yang ditetapkan.  Prospek-potensi menjadi biz-partner berhak untuk menentukan berapa modal yang akan dikeluarkan?  Tiada paksaan dalam bisnes MLM kerana anda buat, anda dapat.  Tiga kategori prospek-potensi modal aset iaitu pertama, mereka yang layak mendapat pinjaman peribadi dari mana-mana institusi kewangan samada kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC atau sesetengah syarikat berdaftar.  Mereka meminjam sejumlah tertentu untuk tujuan bisnes, sebab kalau tidak meminjam untuk berubah hidup melalui bisnes, mereka tetap masih meminjam dan sebahagiannya tidak ada hala tuju kerana kegagalan mengurus sistem pengurusan kewangan.  Malah sejumlah besar meminjam terlibat dalam bisnes berbentuk skim-skim pelaburan yang meragukan, penuh dengan janji palsu, dan akhirnya menderita membayar pinjaman dan setengahnya mencapai tahap “black-list” atau “muflis”.  Kedua, mereka yang memiliki tanah, sijil amanah atau barang kemas yang boleh dicairkan samada dijual, dicagar atau dirahnukan untuk mendapatkan sejumlah modal pusingan bisnes ini.  Dan ketiga, mereka yang memiliki simpanan tunai.  Ketiga-tiga kategori dan sumber modal ini merupakan potensi ekonomi menjana kekayaan kerana keberanian untuk bertindak mengubah hidup, dari biasa-biasa menjadi luar-biasa.  Dan paling penting, usahawan modal aset wajib mengetahui, memahami dan menguasai bagaimana bertindak menguruskan sistem kewangan. Dan setiap bisnes memerlukan modal, samada berjaya atau gagal itu bukanlah kebetulan tetapi pilihan.
                      Prospek-potensi kedua ialah modal kontak.  Modal kontak bermakna sesiapa sahaja prospek-potensi memulakan bisnes dengan menjadi ahli dan menggunakan produk sekurang-kurangnya mengguna produk secara sendiri, dan bersetuju berkongsi pengalaman menggunakan produk.  Berkongsi pengalaman menggunakan produk bermaksud berminat untuk bisnes MLM.  Bolehkah mereka ini berjaya?  Boleh dengan syarat mereka memiliki dua perkara yang perlu dilaksanakan iaitu, bersedia untuk berubah dan menjadi agen kepada perubahan dan kedua, bersedia untuk belajar dan mengajar. 
                Untuk menjadi usahawan, kedua-dua prospek potensi ini wajib melakukan penajaan dan menerusi penajaan, duplikasi berlaku dalam proses membina rangkaian dalam bisnes MLM.  Dan sekiranya anda pada kedudukan modal aset maka anda wajib keluar modal? Kenapa? Mana ada bisnes tidak memerlukan modal kerana modal diperlukan untuk mendapatkan demo-set.  Inilah yang dinamakan I-KISS.  Perlu diingat berlaku situasi berbeza iaitu, sekiranya anda hanya mengeluarkan modal tanpa mengikuti sistem maka berlaku perubahan sikap antaranya tak payah jual barang, simpan barang atau cari penajaan keluar modal sahaja dan barang tidak penting.  Ini bermakna anda telah menukar konsep ikut konsep kepada jual konsep.  Jual konsep jual pelan pemasaran dan bermakna “money game” atau skim cepat kaya.  Kenapa? Tidak diajar untuk menjual produk dan produk tidak penting.  Dan juga, ada yang mengeluarkan demo set dan hebat melakukan selling sehingga dianggap sebagai super sales-man dan itu adalah jurujual bukan networker. Kenapa beza antara jurujual dan usahawan networker.  Dan dapatkah anda bayangkan, seorang biz-partner melakukan proses penajaan modal aset dan berjaya, sudah tentu dengan penuh komitmen akan ditunjukkan akan berlaku kenaikan kedudukan dan pangkat dengan cepat, dan rangkaian berkembang dengan pantas.  Inilah mengapa bisnes MLM memerlukan modal, kerana modal akan membantu mempercepatkan dan memperkembangkan pembinaan rangkaian, dupikasi dan kerja menjadi semakin mudah, tetapi imbuhannya berganda.
                 Bagaimana dengan biz-partner modal kontak?  Siapa perlu ditaja?  Biz-Partner modal kontak wajib melakukan penajaan terhadap modal kontak tetapi memiliki modal minima dan modal prospek-potensi modal aset dengan membuka dan membina rangkaian mengikut pelan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat contohnya, menaja tiga rangkaian untuk mendapatkan kelayakan tabung kereta dan menaja enam rangkaian untuk melayakan imbuhan tabung wawasan.  Biz-Partner yang bertindak menaja seperti ini dipanggil “penajaan istimewa” kerana mereka dapat mencapai pangkat dan kedudukan secara automatik kerana menaja prospek-potensi modal aset, dan ini merupakan imbuhan dari gerak-kerja melakukan penajaan.  Inilah antara kelebihan dalam bisnes MLM iaitu dengan modal minima anda berkemampuan untuk menjadi pemimpin dan usahawan cemerlang yang dapat berubah kehidupan.                   
           Ikut Konsep digabungkan dengan IKUT SISTEM.  Ikut Sistem Bermakna, setiap syarikat atau rangkaian akan memperkenalkan sistem dalam bisnes ini dengan mengambil contoh sistem pembangunan kepimpinan dan keusahawanan MLM atau akademi atau konsultan atau apa sahaja.  Dalam sistem pembangunan kepimpinan ini, anda akan dilatih dari tiga sudut berbeza iaitu dari segi motivasi, ilmu bisnes dan kepimpinan dan keusahawan.  Dengan mengambil contoh sekiranya, anda sudah keluarkan demo set sudah tentu anda akan dilatih untuk melakukan selling secara formal, sekiranya hendak membina rangkaian sudah tentu anda akan dilatih untuk melakukan penajaan, dan melakukan servis-follow-up anda akan dilatih untuk mempelajari sistem.  Maknanya, anda akan dilatih secara informal (demo-produk dan demo-bisnes) dan formal (latihan berbentuk bengkel, seminar).  Bisnes MLM ini memperlihatkan lebih ramai penonton berbanding pemain, iaitu ada prospek-potensi yang rajin datang kelas tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai bisnes ini, dan malah ada yang sudah menyertai bisnes ini tetapi masih belum memulakan, pandang dan lihat.  Akhirnya, mereka ini hanya sekadar mampu memandang, mungkin menjadi penonton yang baik dan ada yang menjadi ahli fikir yang hebat dalam bisnes MLM.  Anda bagaimana? Sudah buat keputusan atau belum untuk menyertai kami atau memulakan bisnes.  Anda buat anda dapat. 
            Bertindak, gabungan antara Ikut-Konsep dan Ikut-Sistem ini ternyata akan membantu melahirkan seorang pemimpin (membina rangkaian) dan seorang usahawan (bijak bisnes) yang cemerlang menerusi proses untuk menjadi usahawan MLM.  Gabungan Ikut-Konsep dan Ikut-Sistem merupakan pelengkap antara satu sama lain, dan kegagalan salah satu akan menyebabkan kelahiran pemimpin-usahawan yang tidak sempurna, penuh dengan minda negatif dan berfikir minda miskin.

Petikan:
Jamsari Bin Moktar dan Safiah Bt Yosop, Formula Tujuh Rahsia Kecemerlangan Bisnes MLM, akan diterbitkan oleh Beautiful World Book., edisi 1 Tahun 2012.

Wednesday, 2 November 2011

TIP-MINDA JUTAWAN 17 : PROSPEK-MODAL ASET.

JANGAN BUANG MASA...Fikirkan.
Seronok bisnes? Jom kita ubah minda dan fokus...menilai dan menaja prospek-potensi modal aset iaitu kita kena ingat, mana ada bisnes tak memerlukan modal?  Termasuklah bisnes MLM.  Begini, hakikatnya bisnes termasuk bisnes MLM memerlukan modal untuk digerakkan, barulah wujud rasa tanggungjawab dan kesungguhan untuk bertindak dengan matlamat jelas untuk mengubah hidup dan mencipta kejayaan, kekayaan dan kebahagian.
Berdasarkan pengalaman, prospek-potensi yang tidak memiliki modal umumnya tidak memiliki semangat juang tinggi untuk berubah kerana tidak ada komitmen untuk memberanakkan modal: potensi ekonomi menjana kekayaan.  Dan sebaliknya, hanya memikirkan keuntungan dan adalah tidak adil kepada kita, kenapa? Kerana, kalau kita sendiri bermula dengan modal mengapa mereka tidak?  Bila dihubungkait dengan bisnes MLM,  istilah duplikasi atau tiru adalah amat penting.  Ini bermakna kalau saya mengeluarkan modal kenapa tidak anda?  Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada yang mencipta kejayaan tanpa mengeluarkan modal hanya sekadar mengguna pakai (itu pun modal), dan memperkenalkan prospek-potensi modal aset : menerusi "penajaan istimewa".  Biasanya, prospek seperti ini memiliki visi dan misi yang terang, bijak, cepat belajar, bersedia untuk berubah dan pro-aktif.  Sukar untuk mencari prospek-potensi yang tidak mengeluarkan modal untuk komited 1000%.
Maka sesiapa sahaja yang ingin menjadi BIZ-PARTNER wajib mengeluarkan sejumlah modal mengikut kemampuan dan matlamat yang ditetapkan.  Katakanlah, anda memiliki simpanan RM10K, bermakna anda boleh bermula dengan jumlah modal tersebut atau katalah anda bersedia untuk mengeluarkan modal sebanyak mana sekalipun, ianya tiada halangan kerana kita tidak boleh menghalang kemampuan seseorang untuk mengeluarkan modal.  Sekiranya, BIZ-PARTNER mengeluarkan modal katalah 3 set PB bermodal RM6000.00, disini anda perlu mahir untuk mengira, dimanakah kedudukan beliau dan berapa imbuhan bonus yang akan diperolehi. Dan paling penting, bantu dan bimbing bagaimana menyusun rangkaian untuk memastikan kenaikan pangkat, kerana dengan modal minima pun sebenarnya boleh sukses.
Maka bermula hari ini, JOM kita kenal-pasti prospek-potensi samada MODAL KONTAK ATAU MODAL ASET, Dan pastinya, penajaan penting kepada mereka yang memiliki modal kerana penting dalam membina dan mengembangkan rangkaian.  JOM JANGAN BUANG MASA kerana inilah masanya UNTUK BUAT DUIT, dan perlu diingat walaupun situasi ekonomi kurang menarik disini wujud peluang BESAR iaitu semua orang sedang mencari kerja sambilan untuk menambah pendapatan.  Maka, mereka ini menjadi matlamat kita, MODAL ASET.  Cuba buat...CONFIRM SUKSES. AMIN.

Sunday, 30 October 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 16 : TANPA HALANGAN SEMUANYA PELUANG!

Ingat, di luar sana ramai orang yang gagal dan belum berjaya dalam bisnes terutama bisnes berbentuk MLM, bisnes paling mudah disertai tanpa memikirkan latarbelakang pendidikan, agama, kaum atau bangsa, sesiapa sahaja boleh atau memiliki hak untuk mencuba nasib.  Mahu tahu berjaya?  Tak mustahil, kerana kecuali MATI semuanya tidak mustahil.  Kenapa mereka gagal atau belum berjaya? Sedangkan mereka telah bertindak sebagaimana yang telah ditetapkan? Mereka ini dapat dikategorikan kepada dah masuk tapi tak buat, kerana mereka ini hanya sekadar penonton yang memberikan sorakan kadangkala menyokong, atau menentang atau berkecuali, dan biasanya mereka ini akhirnya tiada memiliki apa-apa, hanya sekadar berkemungkinan sebagai ahli fikir iaitu bila nak mula? macam mana nak mula? kalau mula tak jadi, macam-mana? belum bertindak unsur negatif dan pasif telah menguasai kotak pemikiran.  Dah buat tapi tak bersungguh, mungkin kerana nilai potongan pinjaman amat kecil dan tidak menjejaskan pendapatan bulanan maka nantilah dulu, jangan laju-laju, sabar ada rezeki dan sebagainya yang merupakan ayat-ayat negatif.  Ini bermakna anda sedang menangguhkan kejayaan anda.  Dan dah buat tapi UPLINE atau rangkaian bermasalah.  Maka umumnya mereka ini belum berjaya dan bukan gagal kerana orang yang ingin berubah kehidupan, mencipta kejayaan dengan tidak mudah berpuas-hati dan berputus-asa malah yakin dan percaya bahawa bisnes MLM merupakan satu-satunya pilihan tiada pilihan lain untuk mencipta kejayaan, kekayaan, kebahagian dan kebebasan.
                Ini bermakna, semakin ramai orang yang mendakwa dirinya gagal dan belum berjaya, maka semakin TINGGI PELUANG kepada kita untuk bertindak melaksanakan KONSEP 3S dalam proses membina rangkaian.  Di sebalik cabaran, pasti ada kekuatan dan kelebihan, dan paling penting PELUANG.  Maka, anda wajib melakukan gerak-kerja gasing iaitu gerak-kerja tanpa henti, kerana kerja berulang-ulang akan menjadikan anda semakin MAHIR berkomunikasi dan membina hubungan sosial.  Implikasinya, pasti anda SUKSES.  Lihat insan berjaya dan kaya, TIRULAH GAYA KERJA mereka pasti keputusannya MENAKJUBKAN iaitu ANDA PASTI KAYA dan BERJAYA. Tapi, janganlah berkawan dengan orang negatif, tidak mahu berubah, lemah kotak pemikiran, tidak kaya kerana merasakan sudah selesa, dan malah ada yang telah "mati" sebelum waktunya.  Sekiranya, anda memilih untuk bersama rangkaian negatif maka pastinya akhirnya, anda memang layak hidup miskin kerana penuh dengan negatif dan pasif.  
JOM kita gerak, kerana tidak bergerak bagaimana rangkaian nak bergerak dan bertindak.  Anda adalah kepala keretapi, dan perlu diingat apabila anda membrek atau berhenti seluruh rangkaian akan duplikasi kerja anda.  Maka duplikasi bisnes menerusi gerak-kerja anda DAN PASTINYA ANDA AKAN MENCIPTA KEJAYAAN.  MY WORLD IS MY TNPOD8581HAI-O.

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST