JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Wednesday, 14 December 2011

TIP MINDA-BISNES MLM : UPLINE + DOWNLINE

Dalam bisnes MLM, kegagalan biasanya dituding kepada pemimpin atau UPLINE yang dianggap gagal bertindak.  Maksudnya, setiap kali berlaku kegagalan terhadap DOWNLINE itu adalah kerana kegagalan UPLINE dan wajib dipersalahkan.  Benarkah tanggapan ini?  Cuba anda berfikir secara di luar kotak atau terbalik, sebahagian besar pemimpin-usahawan sentiasa ingin menjadi yang terbaik dan contoh kepada rangkaiannya, dan telah membuktikan dirinya telah sukses mencapai tahap tertinggi.
Bagaimana pula kalau kita melihat dari sudut, sebenarnya kegagalan seseorang DOWNLINE adalah kerana kegagalan DOWNLINE itu sendiri walaupun bukan 100%.  Macam mana tu? Contohnya, sebelum menyertai bisnes MLM ramai DOWNLINE berjanji pada diri untuk bersedia berubah, menjadi agen perubahan, bersedia dipimpin dan memimpin, tetapi hakikatnya ramai yang telah mungkir janji atau MOU dengan diri sendiri dan tidak bersedia untuk dipimpin.  Jadi kenapa kita tidak salahkan DOWNLINE (bukan semua) yang sememangnya menggagalkan dirinya atau bersedia untuk menangguhkan kejayaan, kerana kegagalan bermaksud kejayaan yang tertangguh.  Ini adalah pilihan bukan kebetulan, kerana anda berhak untuk memilih.  Bagaimana hendak mengatasi cabaran ini?  Senang aje, iaitu semuanya dapat diatasi dan dimengerti apabila wujud hubungan menang-menang (win win situation) dan perkongsian pintar (smart partnership).  Bermakna UPLINE memahami peranan dan tanggungjawab kepada DOWNLINE dan DOWNLINE memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang yang dipimpin.  Jom fikirkan, sekiranya kedua-dua saling membentuk kerjasama dan memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing maka akan wujud keserasian dan peningkatan ukhuwwah, dan kesannya NETWORK semakin berkembang.



Saturday, 26 November 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 21 : TEKNIK BUKA PASARAN BARU.

JOM KITA BELAJAR MEMBUKA PASARAN BARU : LUBOK EMAS BISNES MLM Korset Premium Beautiful.  Sebenarnya, nak membuka pasaran baru bisnes bukanlah sesuatu yang mudah terutama kepada biz-partner baru dan makanya, libatkan kehadiran UPLINE anda.  Dan membuka pasaran baru menjadi mudah kalau dibuat menerusi biz-partner yang menetap di situ atau pernah berkhidmat di situ dan pastinya, memiliki ramai kenalan.  Contohnya, di Sabah dan Sarawak hampir semua prospek-potensi berasal dari Semenanjung mengenali malah rapat antara satu sama lain.  Contoh mudah, buka pasaran baru di Miri anda kena ada biz-partner sebagaimana dinyatakan tadi.  
Pada pusingan pertama ini, anda dan menerusi biz-partner akan berkenalan dengan prospek-potensi dan memperkenalkan atau menjual diri melalui promosi produk atau bisnes yang ditawarkan.  Di peringkat ini, promosi produk contohnya Korset Premium Beautiful amat penting menerusi demo percubaan dan pemakaian produk percuma.  Korset Premium Beautiful tidak sukar utuk dijual kerana sememangnya wanita inginkan kecantikan, kesihatan dan keyakinan, DAN ramai menggunakan simpanan tunai atau KAD KREDIT.  Di Sabah dan Sarawak, kuasa beli penjawat awam tinggi kerana majoritinya memiliki kad kredit yang sesetengahnya tidak pernah digunakan, maka menjual produk bukanlah sesuatu yang sukar.  Penting dalam pusingan ini, anda wajib mengenalpasti prospek-potensi yang memiliki bakat untuk ditaja dan dilamar menjadi biz-partner, malah sekiranya bernasib baik, anda sudah dapat PROJEK I-KISS POWER2U.  Ini penting dan hanya berlaku apabila biz-partner yang membawa kita, dipercayai oleh rakan-rakan akan kredibilitinya, bersih dan tidak memberikan masalah.  Adakah cukup sekadar pusingan pertama? Tidak. Kerana kedatangan berulang-kali amat penting yang memperlihatkan kesungguhan kita dan proses duplikasi dapat dijalankan dengan sistematik, dan anda bayangkan sekiranya proses duplikasi berlaku dengan pantas, maka lengkaplah salah satu kaki untuk tabung kereta dan tabung wawasan anda.  Lahirkan wakil dan pastikan ia menjadi IKON CONTOH yang berpendapatan konsisten dari bisnes ini.  Dan kena ingat, biz-partner yang baru WAJIBkan kehadiran mereka ke program-program membina kepimpinan dan keusahawanan yang dianjurkan oleh rangkaian...untuk memastikan mereka mengetahui dan memahami bagaimana bisnes ini bertindak iaitu...duplikasi atau tiru macam saya.  Ingat kegagalan hadir dalam sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan akan menyebabkan anda tertinggal dan sedang menangguhkan diri untuk mencipta kejayaan.  Jangan tangguhkan kejayaan anda, kerana setiap orang memiliki hak untuk mencipta kejayaan.  Jom pastikan kita sentiasa berjumpa di program-program yang dianjurkan oleh MBC, rangkaian atau pihak syarikat. AMIN.




Saturday, 19 November 2011

PROJEK GEGAR 1MALAYSIA : MENJANA MINDA USAHAWAN 8581

SEMAI BUDAYA KEUSAHAWANAN

Jom kita ajak semua insan yang kita kenal untuk menyertai bidang keusahawanan dan kita jadikan sebagai suatu budaya : budaya bisnes.  Budaya bisnes akan melahirkan masyarakat yang memahami perubahan, pembaharuan dan bersedia menghadapi persaingan dalam proses dari insan biasa-biasa menjadi insan luar-biasa.

JOM KITA JADIKAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI SUATU BUDAYA YANG AKHIRNYA MENJADI KERJAYA.
TO BE THE BEST JOIN THE SUCCESS

HOTLINE: Jamsari Bin Moktar 016-218468 dan Safiah Binti Yosop 019-2194658
AMIN

Friday, 18 November 2011

TIP-MINDA JUTAWAN 20 : KEPOMPONG DIRI.

Proses perubahan dari biasa-biasa kepada luar-biasa akan menjadikan seorang manusia bernama insan cemerlang dan tindakan serta tingkah-laku menjadi ikutan dan contoh atau IKON. Kegagalan menangani perubahan dan tidak peka akan menyebabkan kita sentiasa ketertinggalan di kala orang di luar sana sedang mencipta pendapatan lumayan di sebuah syarikat yang sama, produk atau perkhidmatan yang sama, dan kaedah yang sama.  Perlu diingat pencapaian seseorang usahawan tidaklah dapat berdiri dengan sendiri kerana terikat dengan UPLINE, DAN merdekan diri anda dari kepompong kehidupan miskin ini kepada berfikir di luar kotak dan menekankan kepada pentingnya dan betapa luasnya pintu rezeki yang sentiasa terbuka untuk mereka yang bersedia untuk berubah dan bertindak. JOM JOIN KITA. AMIN.

Monday, 14 November 2011

PROMOSI BIOZONE FOOD PURIFIER: NOVEMBER2011-JANUARI2012.

DEMO-PRODUCT DAN PROJEK I-KISS POWER2U RM21K DENGAN BONUS-REBET RM6700 (BELUM  DEMO DAN JUAL PRODUK)
HOTLINE
S-CDMJAMSARI BIN MOKTAR 016-2184658
 S-CDMSAFIAH BINTI YOSOP 019-2184658

PROMOSI-INSENTIF: MAJLIS ULANG-TAHUN, INSENTIF PELANCONGAN DAN PROMOSI PRODUK 2011-2012

MAJLIS ULANG-TAHUN, INSENTIF VIETNAM DAN PROMOSI PRODUK 2011-2012

Saturday, 12 November 2011

PRODUK BIO-EVER NANO CREAM : MENYEIMBANGKAN HORMON MANUSIA


BEAUTIFUL BIO-EVER 
VERSI 8581



BIO-EVER NANO-CREAM BERTINDAK MENYEIMBANGKAN HORMON MANUSIA 
DAN MENJADIKAN ANDA LEBIH JELITA, MENAWAN DAN AWET MUDA.

TEKNIK PENGGUNAAN BERKESAN

Teknik Urutan : Dalam gerakan berpusing pada bahagian-bahagian titik poin tubuh badan tertentu sehingga diserap sepenuhnya. Titik poin ini merupakan bahagian paling mudah dan cepat menerusi proses penyerapan.


 
1-Bahagian Leher
Untuk leher yang lebih licin dan manta, sapu krim
menghala ke atas.
2-Bahagian Dada
Untuk kontur payu dara lebih mantap dan
menarik, sapu krim menghala ke
atas dan ke dalam.

  
3-Bahagian dalam lengan
Untuk lengan yang tegap dan kemas, sapu krim dalam
gerakan berpusing menghala ke atas.
4-Bahagian dalam paha
Untuk paha yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.



  
5-Bahagian Abdomen
Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual.
6-Bahagian Bawah pinggang
Sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina.




HOTLINE : SAFIAH BINTI YOSOP 
019-2184658

Tuesday, 8 November 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 19: PROSPEK-PEKAK!

TOLONG BACA DAN FAHAMI,   


Nak ajak orang kita bisnes bukanlah suatu yang mudah,  kerana mereka tidak memiliki budaya bisnes.  Dan kena ingat, nak berubah hidup kena berubah dari segi kualiti ekonomi.  Gagal kualiti ekonomi, majoritinya akan membawa kepada kegagalan dalam kehidupan : minda miskin dan kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran, bukan niat tetapi melalui perbuatan-perbuatan yang "buruk-sangka kepada Maha Pencipta".  Hanya menerusi bisnes, akan berubah struktur kehidupan sesebuah keluarga...dan jangan terikat dengan pepatah Melayu yang menyekat potensi diri kita iaitu "tak kaya, yang penting hati senang" dan "biar lambat asal selamat".  Ini semuanya MITOS, kerana kita kena bertukar kepada "biar kaya, dan hati senang" dan "biar cepat asalkan selamat".  JOM KITA UBAH PEMIKIRAN PASIF KEPADA OPTIMISTIK-POSITIF.
Nak ubah hidup senang...tetapi yang susah ialah untuk bertindak.  Untuk bertindak tidak berlaku kerana dipengaruhi dan dikawal oleh TABIAT MALAS.  Jom kita buang jauh2 perkataan negatif MALAS dan kita tukar kepada "AKU BUAT AKU DAPAT" dan menghadapi cabaran, persaingan atau tomahan maka JAWABLAH, "Ada Aku Kisah" (AAK).
Memang geram dan menyakitkan hati, apabila bertemu dengan prospek-potensi yang menolak dengan penuh kesombongan dan keangkuhan, pada hal secara perbandingan kita dah pakai kereta mewah Mercedes Benz sedangkan dia belum.  Jadi, inilah antara contoh minda miskin, bercakap besar, berasa pandai dan sempurna, tetapi rupa-rupanya TONG KOSONG.  Tidak boleh menjadi contoh kepada makhluk kehidupan.
Bagi kita, orang seperti ini sebenarnya sudah mati atau menoktahkan hidupnya. Kenapa? Cukup dan puas dengan apa yang sedia ada, ada kereta, ada rumah, ada kemudahan dah cukup.  Malangnya, mereka memiliki hak untuk menjadi lebih baik, sempurna, dan memahami bahawa setiap insan adalah khalifah di atas muka-bumi maka memberi manfaat kepada kehidupan.
Buat perbandingan, lebih ramai orang kita merasakan hidup mereka selesa dan sesetengahnya sudah merasa cukup dengan apa yang dimiliki...dan tiada impian lebih besar untuk berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa (dari merasa dirinya kaya betul-betul kepada memang kaya).  Berbeza dengan segelintir orang kita, yang sentiasa melakukan tindakan pro-aktif mengambil ruang, peluang dan kesempatan untuk mempertingkatkan kualiti diri, dan akhirnya menikmati darjah kehidupan bahagia yang tinggi dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada makhluk sekeliling.
Natijahnya, masih ramai manusia bernama insan yang sedang menunggu diketuk pintu hatinya untuk menyertai kita untuk berubah menerusi bisnes berbentuk MLM.  MY CHOICE FOR LIFE.
TERIMA KASIH. 

Sunday, 6 November 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 19: PROJEK I-KISS POWER2U BIO-EVER

Timbul pertanyaan...adakah Bio-Ever Nano Cream CAN MAKE A MONEY AND BUSINESS?  Jawapannya, YA atau TIDAK.  Bagaimana?  Ya, sekiranya seseorang prospek-potensi setelah mengguna produk ingin bisnes, beliau wajib ambil demo-set sebagai kit bisnes.  Sebab mana ada bisnes tidak memerlukan modal dan mana ada bisnes tak ada barang (demo-set)?  Contohnya, pihak syarikat telah mengeluarkan 1Kotak BENC mengandungi 6 Botol maka untuk bisnes seorang biz-partner wajib bermodal serendah 1Kotak BENC bernilai RM1140.00, iaitu 1 kotak untuk demo-produk bermakna ada 5 kotak untuk pusingan.  Sekiranya anda bijak, anda boleh memastikan biz-partner anda mengambil 4Kotak BENC yang mengandungi 2 DOZEN Bio-Ever bernilai RM4560.00 TERUS ke kedudukan 12% dan dengan menaja hanya 4 kaki DUPLIKASI anda sudah mencapai pangkat SM Bulan 1 DENGAN bonus bernilai EMPAT ANGKA.  Ini dipanggil PROJEK I-KISS POWER2U iaitu menggunakan modal untuk mendapatkan DEMO-SET.  Bagaimana dengan packaging yang kecil sebagai kit percubaan? Anda boleh membotolkan dengan harga minima contohnya, RM50.00.  Terdapat sesetengah pelanggan ingin mencuba dahulu dalam kapasiti yang minima sebelum membuat keputusan.
Tidak, sekiranya prospek-potensi anda setelah menggunakan produk, mengambil keputusan untuk bisnes tetapi bermula dengan diri sendiri dan tidak mengeluarkan sejumlah modal untuk mendapatkan demo-set.  Adakah biz-partner seperti ini boleh hidup dan rangkaian dapat dibentuk dengan pantas untuk berkembang?  Jawapannya, ini bukanlah bisnes kerana tiada jaminan komitmen untuk bersungguh-sungguh, tiada mengeluarkan modal kesungguhan adalah di tahap minima. 
JADI adakah boleh BUAT DUIT? CONFIRM tetapi dalam bentuk PROJEK I-KISS POWER2U. AMIN.

Thursday, 3 November 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 18: MODAL ASET VS MODAL KONTAK


Saya usahawan bisnes MLM Hai-O dan saya menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.  Saya mempromosikan Projek I-Kiss Power2u iaitu formula untuk menjadikan seorang prospek-potensi menjadi biz-partner, dan menjadi pemimpin dan usahawan.  Sistem I-Kiss merupakan akronim kepada “Ikut Konsep Ikut Sistem”.  Ikut sistem merupakan kaedah untuk melakukan proses penajaan dan membina rangkaian dalam bisnes MLM.  Dalam proses penajaan, anda akan bertemu dengan dua bentuk prospek iaitu pertama, prospek-potensi modal aset dan kedua, modal kontak.  Pertamanya, apakah dimaksudkan dengan modal aset?  Modal aset bermaksud prospek-potensi memiliki modal secara fizikal atau peluang memiliki modal.  Perlu diingat, mana ada bisnes tidak memerlukan modal, cuma modal besar atau kecil bergantung kepada kemampuan dan keperluan yang telah ditetapkan. Dan sekiranya, berkemampuan dan memiliki modal maka mengapa dihalang untuk mengeluarkan modal dan umumnya, modal tidak dapat ditentukan dan bergantung kepada prospek-potensi.  Mungkin ada yang lebih dan berkemungkinan, lebih dari modal yang ditetapkan.  Prospek-potensi menjadi biz-partner berhak untuk menentukan berapa modal yang akan dikeluarkan?  Tiada paksaan dalam bisnes MLM kerana anda buat, anda dapat.  Tiga kategori prospek-potensi modal aset iaitu pertama, mereka yang layak mendapat pinjaman peribadi dari mana-mana institusi kewangan samada kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC atau sesetengah syarikat berdaftar.  Mereka meminjam sejumlah tertentu untuk tujuan bisnes, sebab kalau tidak meminjam untuk berubah hidup melalui bisnes, mereka tetap masih meminjam dan sebahagiannya tidak ada hala tuju kerana kegagalan mengurus sistem pengurusan kewangan.  Malah sejumlah besar meminjam terlibat dalam bisnes berbentuk skim-skim pelaburan yang meragukan, penuh dengan janji palsu, dan akhirnya menderita membayar pinjaman dan setengahnya mencapai tahap “black-list” atau “muflis”.  Kedua, mereka yang memiliki tanah, sijil amanah atau barang kemas yang boleh dicairkan samada dijual, dicagar atau dirahnukan untuk mendapatkan sejumlah modal pusingan bisnes ini.  Dan ketiga, mereka yang memiliki simpanan tunai.  Ketiga-tiga kategori dan sumber modal ini merupakan potensi ekonomi menjana kekayaan kerana keberanian untuk bertindak mengubah hidup, dari biasa-biasa menjadi luar-biasa.  Dan paling penting, usahawan modal aset wajib mengetahui, memahami dan menguasai bagaimana bertindak menguruskan sistem kewangan. Dan setiap bisnes memerlukan modal, samada berjaya atau gagal itu bukanlah kebetulan tetapi pilihan.
                      Prospek-potensi kedua ialah modal kontak.  Modal kontak bermakna sesiapa sahaja prospek-potensi memulakan bisnes dengan menjadi ahli dan menggunakan produk sekurang-kurangnya mengguna produk secara sendiri, dan bersetuju berkongsi pengalaman menggunakan produk.  Berkongsi pengalaman menggunakan produk bermaksud berminat untuk bisnes MLM.  Bolehkah mereka ini berjaya?  Boleh dengan syarat mereka memiliki dua perkara yang perlu dilaksanakan iaitu, bersedia untuk berubah dan menjadi agen kepada perubahan dan kedua, bersedia untuk belajar dan mengajar. 
                Untuk menjadi usahawan, kedua-dua prospek potensi ini wajib melakukan penajaan dan menerusi penajaan, duplikasi berlaku dalam proses membina rangkaian dalam bisnes MLM.  Dan sekiranya anda pada kedudukan modal aset maka anda wajib keluar modal? Kenapa? Mana ada bisnes tidak memerlukan modal kerana modal diperlukan untuk mendapatkan demo-set.  Inilah yang dinamakan I-KISS.  Perlu diingat berlaku situasi berbeza iaitu, sekiranya anda hanya mengeluarkan modal tanpa mengikuti sistem maka berlaku perubahan sikap antaranya tak payah jual barang, simpan barang atau cari penajaan keluar modal sahaja dan barang tidak penting.  Ini bermakna anda telah menukar konsep ikut konsep kepada jual konsep.  Jual konsep jual pelan pemasaran dan bermakna “money game” atau skim cepat kaya.  Kenapa? Tidak diajar untuk menjual produk dan produk tidak penting.  Dan juga, ada yang mengeluarkan demo set dan hebat melakukan selling sehingga dianggap sebagai super sales-man dan itu adalah jurujual bukan networker. Kenapa beza antara jurujual dan usahawan networker.  Dan dapatkah anda bayangkan, seorang biz-partner melakukan proses penajaan modal aset dan berjaya, sudah tentu dengan penuh komitmen akan ditunjukkan akan berlaku kenaikan kedudukan dan pangkat dengan cepat, dan rangkaian berkembang dengan pantas.  Inilah mengapa bisnes MLM memerlukan modal, kerana modal akan membantu mempercepatkan dan memperkembangkan pembinaan rangkaian, dupikasi dan kerja menjadi semakin mudah, tetapi imbuhannya berganda.
                 Bagaimana dengan biz-partner modal kontak?  Siapa perlu ditaja?  Biz-Partner modal kontak wajib melakukan penajaan terhadap modal kontak tetapi memiliki modal minima dan modal prospek-potensi modal aset dengan membuka dan membina rangkaian mengikut pelan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat contohnya, menaja tiga rangkaian untuk mendapatkan kelayakan tabung kereta dan menaja enam rangkaian untuk melayakan imbuhan tabung wawasan.  Biz-Partner yang bertindak menaja seperti ini dipanggil “penajaan istimewa” kerana mereka dapat mencapai pangkat dan kedudukan secara automatik kerana menaja prospek-potensi modal aset, dan ini merupakan imbuhan dari gerak-kerja melakukan penajaan.  Inilah antara kelebihan dalam bisnes MLM iaitu dengan modal minima anda berkemampuan untuk menjadi pemimpin dan usahawan cemerlang yang dapat berubah kehidupan.                   
           Ikut Konsep digabungkan dengan IKUT SISTEM.  Ikut Sistem Bermakna, setiap syarikat atau rangkaian akan memperkenalkan sistem dalam bisnes ini dengan mengambil contoh sistem pembangunan kepimpinan dan keusahawanan MLM atau akademi atau konsultan atau apa sahaja.  Dalam sistem pembangunan kepimpinan ini, anda akan dilatih dari tiga sudut berbeza iaitu dari segi motivasi, ilmu bisnes dan kepimpinan dan keusahawan.  Dengan mengambil contoh sekiranya, anda sudah keluarkan demo set sudah tentu anda akan dilatih untuk melakukan selling secara formal, sekiranya hendak membina rangkaian sudah tentu anda akan dilatih untuk melakukan penajaan, dan melakukan servis-follow-up anda akan dilatih untuk mempelajari sistem.  Maknanya, anda akan dilatih secara informal (demo-produk dan demo-bisnes) dan formal (latihan berbentuk bengkel, seminar).  Bisnes MLM ini memperlihatkan lebih ramai penonton berbanding pemain, iaitu ada prospek-potensi yang rajin datang kelas tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai bisnes ini, dan malah ada yang sudah menyertai bisnes ini tetapi masih belum memulakan, pandang dan lihat.  Akhirnya, mereka ini hanya sekadar mampu memandang, mungkin menjadi penonton yang baik dan ada yang menjadi ahli fikir yang hebat dalam bisnes MLM.  Anda bagaimana? Sudah buat keputusan atau belum untuk menyertai kami atau memulakan bisnes.  Anda buat anda dapat. 
            Bertindak, gabungan antara Ikut-Konsep dan Ikut-Sistem ini ternyata akan membantu melahirkan seorang pemimpin (membina rangkaian) dan seorang usahawan (bijak bisnes) yang cemerlang menerusi proses untuk menjadi usahawan MLM.  Gabungan Ikut-Konsep dan Ikut-Sistem merupakan pelengkap antara satu sama lain, dan kegagalan salah satu akan menyebabkan kelahiran pemimpin-usahawan yang tidak sempurna, penuh dengan minda negatif dan berfikir minda miskin.

Petikan:
Jamsari Bin Moktar dan Safiah Bt Yosop, Formula Tujuh Rahsia Kecemerlangan Bisnes MLM, akan diterbitkan oleh Beautiful World Book., edisi 1 Tahun 2012.

Wednesday, 2 November 2011

TIP-MINDA JUTAWAN 17 : PROSPEK-MODAL ASET.

JANGAN BUANG MASA...Fikirkan.
Seronok bisnes? Jom kita ubah minda dan fokus...menilai dan menaja prospek-potensi modal aset iaitu kita kena ingat, mana ada bisnes tak memerlukan modal?  Termasuklah bisnes MLM.  Begini, hakikatnya bisnes termasuk bisnes MLM memerlukan modal untuk digerakkan, barulah wujud rasa tanggungjawab dan kesungguhan untuk bertindak dengan matlamat jelas untuk mengubah hidup dan mencipta kejayaan, kekayaan dan kebahagian.
Berdasarkan pengalaman, prospek-potensi yang tidak memiliki modal umumnya tidak memiliki semangat juang tinggi untuk berubah kerana tidak ada komitmen untuk memberanakkan modal: potensi ekonomi menjana kekayaan.  Dan sebaliknya, hanya memikirkan keuntungan dan adalah tidak adil kepada kita, kenapa? Kerana, kalau kita sendiri bermula dengan modal mengapa mereka tidak?  Bila dihubungkait dengan bisnes MLM,  istilah duplikasi atau tiru adalah amat penting.  Ini bermakna kalau saya mengeluarkan modal kenapa tidak anda?  Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada yang mencipta kejayaan tanpa mengeluarkan modal hanya sekadar mengguna pakai (itu pun modal), dan memperkenalkan prospek-potensi modal aset : menerusi "penajaan istimewa".  Biasanya, prospek seperti ini memiliki visi dan misi yang terang, bijak, cepat belajar, bersedia untuk berubah dan pro-aktif.  Sukar untuk mencari prospek-potensi yang tidak mengeluarkan modal untuk komited 1000%.
Maka sesiapa sahaja yang ingin menjadi BIZ-PARTNER wajib mengeluarkan sejumlah modal mengikut kemampuan dan matlamat yang ditetapkan.  Katakanlah, anda memiliki simpanan RM10K, bermakna anda boleh bermula dengan jumlah modal tersebut atau katalah anda bersedia untuk mengeluarkan modal sebanyak mana sekalipun, ianya tiada halangan kerana kita tidak boleh menghalang kemampuan seseorang untuk mengeluarkan modal.  Sekiranya, BIZ-PARTNER mengeluarkan modal katalah 3 set PB bermodal RM6000.00, disini anda perlu mahir untuk mengira, dimanakah kedudukan beliau dan berapa imbuhan bonus yang akan diperolehi. Dan paling penting, bantu dan bimbing bagaimana menyusun rangkaian untuk memastikan kenaikan pangkat, kerana dengan modal minima pun sebenarnya boleh sukses.
Maka bermula hari ini, JOM kita kenal-pasti prospek-potensi samada MODAL KONTAK ATAU MODAL ASET, Dan pastinya, penajaan penting kepada mereka yang memiliki modal kerana penting dalam membina dan mengembangkan rangkaian.  JOM JANGAN BUANG MASA kerana inilah masanya UNTUK BUAT DUIT, dan perlu diingat walaupun situasi ekonomi kurang menarik disini wujud peluang BESAR iaitu semua orang sedang mencari kerja sambilan untuk menambah pendapatan.  Maka, mereka ini menjadi matlamat kita, MODAL ASET.  Cuba buat...CONFIRM SUKSES. AMIN.

Sunday, 30 October 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 16 : TANPA HALANGAN SEMUANYA PELUANG!

Ingat, di luar sana ramai orang yang gagal dan belum berjaya dalam bisnes terutama bisnes berbentuk MLM, bisnes paling mudah disertai tanpa memikirkan latarbelakang pendidikan, agama, kaum atau bangsa, sesiapa sahaja boleh atau memiliki hak untuk mencuba nasib.  Mahu tahu berjaya?  Tak mustahil, kerana kecuali MATI semuanya tidak mustahil.  Kenapa mereka gagal atau belum berjaya? Sedangkan mereka telah bertindak sebagaimana yang telah ditetapkan? Mereka ini dapat dikategorikan kepada dah masuk tapi tak buat, kerana mereka ini hanya sekadar penonton yang memberikan sorakan kadangkala menyokong, atau menentang atau berkecuali, dan biasanya mereka ini akhirnya tiada memiliki apa-apa, hanya sekadar berkemungkinan sebagai ahli fikir iaitu bila nak mula? macam mana nak mula? kalau mula tak jadi, macam-mana? belum bertindak unsur negatif dan pasif telah menguasai kotak pemikiran.  Dah buat tapi tak bersungguh, mungkin kerana nilai potongan pinjaman amat kecil dan tidak menjejaskan pendapatan bulanan maka nantilah dulu, jangan laju-laju, sabar ada rezeki dan sebagainya yang merupakan ayat-ayat negatif.  Ini bermakna anda sedang menangguhkan kejayaan anda.  Dan dah buat tapi UPLINE atau rangkaian bermasalah.  Maka umumnya mereka ini belum berjaya dan bukan gagal kerana orang yang ingin berubah kehidupan, mencipta kejayaan dengan tidak mudah berpuas-hati dan berputus-asa malah yakin dan percaya bahawa bisnes MLM merupakan satu-satunya pilihan tiada pilihan lain untuk mencipta kejayaan, kekayaan, kebahagian dan kebebasan.
                Ini bermakna, semakin ramai orang yang mendakwa dirinya gagal dan belum berjaya, maka semakin TINGGI PELUANG kepada kita untuk bertindak melaksanakan KONSEP 3S dalam proses membina rangkaian.  Di sebalik cabaran, pasti ada kekuatan dan kelebihan, dan paling penting PELUANG.  Maka, anda wajib melakukan gerak-kerja gasing iaitu gerak-kerja tanpa henti, kerana kerja berulang-ulang akan menjadikan anda semakin MAHIR berkomunikasi dan membina hubungan sosial.  Implikasinya, pasti anda SUKSES.  Lihat insan berjaya dan kaya, TIRULAH GAYA KERJA mereka pasti keputusannya MENAKJUBKAN iaitu ANDA PASTI KAYA dan BERJAYA. Tapi, janganlah berkawan dengan orang negatif, tidak mahu berubah, lemah kotak pemikiran, tidak kaya kerana merasakan sudah selesa, dan malah ada yang telah "mati" sebelum waktunya.  Sekiranya, anda memilih untuk bersama rangkaian negatif maka pastinya akhirnya, anda memang layak hidup miskin kerana penuh dengan negatif dan pasif.  
JOM kita gerak, kerana tidak bergerak bagaimana rangkaian nak bergerak dan bertindak.  Anda adalah kepala keretapi, dan perlu diingat apabila anda membrek atau berhenti seluruh rangkaian akan duplikasi kerja anda.  Maka duplikasi bisnes menerusi gerak-kerja anda DAN PASTINYA ANDA AKAN MENCIPTA KEJAYAAN.  MY WORLD IS MY TNPOD8581HAI-O.

Tuesday, 25 October 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 15: KENAPA SUSAH SANGAT NAK "CLOSE"?

Untuk sukses bisnes MLM, anda wajib mengetahui, memahami, menguasai dan melaksanakan gerak-kerja 5S iaitu 3S paksi penting meliputi (a) komunikasi dan kemahiran memasarkan atau menjual produk (ilmu produk), (b) komunikasi dan kemahiran melajukan proses penajaan (prospecting) untuk menyertai bisnes (ilmu bisnes MLM rangkaian) dan (c) komunikasi melakukan tindakan selepas menjual atau menaja, samada menjadi pelanggan setia, perkenal prospek-potensi atau bisnes MLM (sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan).  
                    Perlu diingat kemahiran menjual terletak kepada kemahiran anda untuk melakukan presentasi produk, "The Killer Product" dan demo-produk.  Bertindak secara berulang-ulang akan menjadikan anda mahir.  Kemahiran menaja terletak kepada kehebatan anda melakukan presentasi pelan pemasaran (Projek I-Kiss Power2u) yang direka-cipta dan dibentuk atas keseragaman dan kemahiran melakukan tindakan selepas menjual atau menaja (follow-up-services) akan menjadikan rangkaian anda semakin berkembang.  Semuanya bermula dengan 1Keberanian, iaitu "cakap-cakap-cakap", jangan berhenti sebab "bekerja tanpa henti hasilnya juga tanpa henti" itulah hebatnya bisnes MLM.
                     2S paksi penting meliputi (a) schooling (Hai-O OPEN UNIVERSITY), sistem dan (b)strategy meliputi bagaimana mahu bertindak dengan sistematik dan berkesan.
MASALAHNYA kebanyakan PEMIMPIN2 kita, gagal memiliki TOOLS mengenai ilmu pengetahuan produk, ilmu pelan pemasaran, dan sistem.  Tak percaya, semak diri masing2 dan pastikan apa yang kita ada, rakan-kongsi wajib anda maka, apabila kita tiada, apatah lagi rakan kongsi semuanya TIADA. AMIN.

Monday, 24 October 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 14 : KEMAHIRAN MENAJA?

Bagaimana hendak meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam membina hubungan? bagaimana hendak meningkatkan kemahiran mengenai ilmu produk atau pelan pemasaran?  Jawapannya cukup mudah, senaraikan prospek-potensi seberapa ramai mungkin, dan sentiasa bertambah setiap hari.  Dan pastikan set perjumpaan setiap hari contohnya, sehari berjumpa dengan 3prospek-potensi untuk membuka peluang bisnes dan apa yang diperkatakan sama cuma prospek-potensi berbeza.  Dengan setiap hari berjumpa prospek, bermakna anda sedang membina hubungan dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.  Melalui perjumpaan ini, anda sudah mula menekankan kepentingan produk dan pelan pemasaran yang akan membantu mengubah kehidupan menjadi lebih cemerlang.  HARI2 ULANG BENDA YANG SAMA AKHIRNYA ianya menjadi BUDAYA DALAM BISNES ANDA.   AMIN.

Thursday, 20 October 2011

TIP MINDA-JUTAWAN 13: "RE-UNION, RE-JOINT, RE-VIVAL"

Anda nak sukses? JOM KITA KONGSI SALAH SATU FORMULA HEBAT BISNES INI. Hanya bersama kami (TNPOD8581HAI-O) anda akan mendapat TIP yang hebat.  Berlaku "Third Wave" iaitu ternampak peningkatan bisnes MLM Hai-O terutama produk Premium Beautiful.  Sebelum ini, kedudukan PB dibelakang BBA, akan tetapi kini PB menjadi HOT-MARKET KILLER-PRODUCT.  Dalam gelombang ini, JOM KITA BERTINDAK MEREKRUT SEBERAPA RAMAI PROSPEK-POTENSI MODAL ASET.  Siapakah prospek-potensi tersebut?  Pertama, menyaksikan kelahiran dan kemunculan prospek-potensi baru yang sedang memulakan kerjaya, sedang membina kerjaya dan majoritinya tidak mengenali mengenai bisnes PB atau BBA atau nama syarikat atau bisnes ini MLM ini; umumnya di kotak pemikiran mereka, mereka yang negatif mengenai bisnes ini adalah mereka yang telah gagal dan tidak perlu dicontohi, kerana kotak pemikiran mereka telah diprogramkan dengan AKU NAK DUIT BANYAK, KERANA AKU MEMERLUKANNYA, DAN PEDULI APA ORANG LAIN KATA...ANDA BUAT ANDA DAPAT.  Prospek-potensi jenis ini memiliki fokus sangat HEBAT, dibantu dengan suasana bisnes yang dipenuhi mereka yang positif dan mereka yang sukses, seumpama mata helang mereka memerhati dan bertindak.  
            Kedua, prospek-potensi sedang memikirkan dan mencari peluang bisnes sebagai sumber pendapatan PART-TIME atau sampingan keranan tekanan kewangan dan ekonomi kurang baik; biasanya mereka ini kadang-kala sistem pengurusan kewangannya tidak teratur dan tidak berdisiplin, menjadikan tanggungan lebih tinggi berbanding dengan pendapatan, "gali lubang timbus lubang" untuk hidup; dan kebanyakkannya, bertukar dari modal aset kepada modal kontak.
                Dan  ketiga, paling mudah ditaja ialah ramai prospek-potensi yang pernah menyertai bisnes MLM bersama Hai-O tetapi terbantut di separuh jalan kerana wujudnya beberapa faktor yang menghalang walaupun mereka memiliki daya motivasi dan keinginan yang tinggi untuk berubah hidup.  Ini berlaku kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama kerana contoh yang diberikan oleh pemimpin  yang mendakwa sempurna dan terbaik, dan rupanya merupakan pemimpin yang bersikap malas, tidak berpandangan jauh, dan bertindak tanpa berpaksikan tradisi ilmu bisnes MLM.  
         KAPAL PECAH. KESANNYA, apabila pemimpin gagal maka rangkaian akan kecundang dan apabila pemimpin cemerlang maka lontaran ide kepada penyelesaian dapat membantu dan kebanyakannya gagal kerana mereka bukanlah manusia yang dilahirkan untuk belajar dan berfikir.  KESIAN, ramai yang ditinggalkan pemimpin atau upline yang pergi tak kembali, ditambah dengan pemimpin sendiri tiada motivasi dan bengkrap ide maka runtuhlah rangkaian yang sombong, bongkak, dan penuh kepalsuan.  Hanya yang terbaik berada di persada bisnes MLM.  Disinilah sebenarnya peluang kepada pemimpin dan usahawan yang sentiasa beristiqamah DAN berjemaah dengan bisnes ini, dan menekankan pentingnya silaturrahim kerana hubungan silaturrahim amat penting dalam bisnes rangkaian.  TEBAL LOYALTY (KESETIAAN) maka TEBAL ROYALTY (IMBUHAN).  Trend terkini, pergilah menaja prospek-potensi ini terutama kepada mereka yang memiliki keinginan tinggi dalam bisnes ini.  Mereka sebenarnya amat teruja dengan platform keunikkan Hai-O, cuma mereka ingin bermula semula tetapi siapakah yang bersedia untuk membimbing dan memimpin?  Implikasinya, berlakulah proses "re-union" iaitu penyatuan semula semua ahli Hai-O di bawah payung syarikat yang sama; "re-join" iaitu sebahagiannya menyertai semula atau berpindah kepada pemimpin atau kumpulan yang lebih dipercayai, berkredibiliti dan berwibawa, sebab mereka hendak bisnes. "Re-Vival" merupakan inilah peluang hebat sekali lagi untuk mencipta kejayaan menerusi landasan yang betul dan tepat.  Tapi perlu diingat, kegagalan atau kejayaan bukanlah suatu kebetulan tetapi pilihan.  Dan saya telah buktikan, ramai yang "re-join" semula terbukti bertindak lebih pantas, bersemangat tinggi, tidak pandang belakang dan paling penting mereka seronok dengan apa yang mereka lakukan, kerana anda buat anda dapat.  Proses kenaikan pangkat, lebih mudah dan cepat kerana mereka telah memiliki pengalaman dan paling penting, sebahagiannya bersedia untuk mengeluarkan sejumlah modal kerana, apabila berpaling kepada Konsep 3S, produk amat penting untuk dipasarkan dan diduplikasikan.
                  JOM sahabat-sahabat, kita buat KONSEP 3R dengan segera kerana peluang besar sedang menanti, lambat bertindak anda akan ketertinggalan kerana bisnes MLM ini memerlukan kebijaksanaan dan wajib bertindak, bila? Sekarang.  Kalau orang lain lain bijak menggunakan tip yang diberikan, mengapa tidak anda? Peluang besar dan amat mudah kerana kesediaan prospek-potensi memiliki kekuatan mental dan fizikal untuk bertindak lebih kreatif dan innovatif, sistematik, agresif dan pro-aktif tetapi penuh dengan bimbingan dan terikat dengan peraturan yang ditetapkan dan wajib dipatuhi.  Sekiranya, semuanya mengikuti peraturan yang ditetapkan pastinya tekanan atau cabaran dapat ditangani dengan mudah. AYUH kita BANGKIT kerana hanya kita yang akan menentukan siapa diri kita, tetapi ingat, tidak salah bermuhasabah diri kerana selangkah kita berundur bukan bererti kita kalah, kerana kita sebenarnya akan melangkah beberapa tapak ke hadapan, dan ingat dunia belum kiamat dan mati.  Maka janganlan anda matikan diri anda sebelum waktunya, MY WORLD IS MY TNPOD8581HAI-O.


                JOM KITA BUAT KONSEP 3R, kerana peluang sangat besar dan amat mudah kerana kesediaan prospek-potensi memiliki kuatan mental dan fizikal untuk bertindak lebih agresif, sistematik dan pro-aktif tetapi penuh dengan bimbingan dan terikat dengan peraturan.  Sekiranya, semua mengikuti peraturan yang telah ditetapkan pastinya tekanan atau cabaran dapat ditangani dengan mudah. AYUH kita bangkit kerana hanya kita yang boleh menentukan diri kita, tapi ingat, tidak salah bermuhasabah diri kerana selangkah kita mengundur bukan bererti kalah kerana kita akan melangkah beberapa tapak kedepan, dan ingat dunia belum kiamat dan mati.  Maka janganlah anda matikan diri anda sebelum waktunya. MY WORLD IS MYTNPOD8581HAI-O.


JOM JOINT KITA...TO BE THE BEST JOINT THE SUCCESS TNPOD8581HAI-O
HOTLINE : SAFIAH 019-2184658.

Sunday, 9 October 2011

TIPS MINDA-BISNES MLM : TEKNIK PROJEK POWER2 CLOSING MODAL??

TIP MINDA-BISNES MLM GDP: BERANI BERUBAH CARA BERFIKIR.

JOM BUAT BISNES MLM.  TIMBUL PERSOALAN DAN PERTANYAAN...KENAPA WAJIB KELUAR MODAL? Ada ke bisnes MLM tidak memerlukan MODAL? Kita tukarkan  fahaman bahawa bisnes MLM BIASANYA TIDAK MEMERLUKAN MODAL ATAU MODAL KECIL.  KITA TUKARKAN FAHAMAN...KITA LAKUKAN TRANSFORMASI...ANJAKAN PARADIGMA,  SEBAB ADA PROSPEK MENGELUARKAN SEJUMLAH MODAL...TAKKAN NAK TAHAN BISNES? SATU LAGI KITA TANAMKAN BUDAYA BISNES KEPADA MASYARAKAT KITA...BUDAYA PENGGUNA ATAU GEMAR MAKAN GAJI. Jawapannya, untuk mendapatkan DEMO-SET.  Kalau tak ada demo-set, macam-mana nak gerakkan bisnes? tak ada DEMO-SET BAGAIMANA NAK GERAKKAN 3 KONSEP 3S...MACAM MANA NAK SELLING? MACAM MANA NAK TAJA DAN BAGAIMANA MUNCULNYA SERVIS?  Bila sebut bisnes wajib ada transaksi produk atau perkhidmatan dengan sejumlah nilai imbuhan.  

               Berapa modal?  Begini, ada tiga TEKNIK PROJEK I-KISS POWER2 iaitu pertama, kalau modal RM25K Imbuhan-Bonus RM5K, pangkat SM tapi kalau perkenalkan  3 prospek/biz-partner A, B dan C baru ke SSM (26%). Kedua,  Kalau modal RM5OK (suami-isteri), dapat Imbuhan-Bonus RM13K hanya perlu perkenal dua kaki B dan C untuk ke SSM (26%) dan FIGHT TABUNG KERETA BULAN1, dan ketiga, kalau modal RM75K dapat imbuhan-bonus RM18K dan hanya perlu 1 kaki iaitu C ke SSM (26%) bulan pertama dan FIGHT TABUNG KERETA.  
Bayangkan, belum pasarkan produk anda sudah mendapat imbuhan-bonus.  Berapa peratus balik dalam tempoh tak sampai sebulan? RM25K (25%), RM50K (26%) dan RM75K (24%).

TEKNIK BISNES MLM SEMAKIN HEBAT....OFFLINE DITAMBAH DENGAN BIZ ONLINE MERENTAS SEMPADAN. 
Bila produk dipasarkan dengan kaedah tunai, kad kredit dan kad debit, koperasi atau sistem kutu, DEMO-SET anda boleh settle (ROLLING) dan MODAL BALIK (BERPUSING).
Ikut Sistem Pengurusan Kewangan Power2u, anda sudah buka satu akaun BISNES. Maka, hidup akan menjadi lebih mudah kerana lepas tu, kerja anda hanya membina rangkaian dan membina rangkaian akan menjanjikan imbuhan-bonus yang berkekalan. INILAH seronoknya bisnes MLM terutama produk PBeautiful. HOTLINE: 019-2184658 Safiah.

Wednesday, 28 September 2011

TIPS MINDA JUTAWAN 11 : JOM KUAT

RENUNGKAN, mungkin menjadi iktibar kepada yang lupa, menjadi peringatan kepada yang lalai, dan menjadi amalan kepada yang sedang mencipta kejayaan,


JOM KUAT


JOM Sahabat Perjuangan (sesiapa yang berminat), 
Jangan jadi bangsa yang cepat berputus asa (hangat2 tahi ayam, bukan lemah semangat tengok Hantu Bonceng),
Kerana sebahagian kita keturunan peniaga yang bijaksana (Kesultanan Melayu Melaka-Johor), pelayar yang berkelana (suku Bugis), 
pentadbir yang tidak alpa (secerdik Bendahara Tun Habab),
Ingat "Dunia Belum Kiamat" (tanda-tanda dah ada, bersedia),
dan mungkin kerana kita bukan keturunan budaya niaga (bukan semua), 
tapi apakah itu alasannya? (kambing hitam, sifat malas),  
Biarlah kita menjadi perintis generasi akhir kerja makan gaji (usahawan Hai-O faham), 
bukan menjadi pewaris yang hidup tidak menentu (duit tak cukup, nak hutang selalu), 
biarlah kita menjadi contoh insan yang bersedia untuk berubah (HEBAT) dan menjadi agen kepada perubahan (dapat banyak pahala), 
Sekali melangkah pantang berundur (penakut ke...) kerana kemenangan berada di hadapan kita (tak percaya, buatlah, anda buat anda dapat), 
berundur kita kalah...kerana kita meletakkan diri kita semula ke "lingkungan negatif" (kawan Abu Jahal dan Abu Lahab)  sedangkan kita adalah KHALIFAH  (contoh ikon cemerlang Nabi Muhammad SAW) di atas muka-bumi ini!  
Berundur selangkah.... muhasabah diri (sembahyang taubat) untuk bergerak 100 langkah ke hadapan (pecut...PROJEK I-KISS POWER2U  le, kan ada power).  
Pastikan, istiqamah (tebal loyalty, teballah royalti) dalam bisnes ini, kerana apa sahaja yang kita lakukan pasti ada cabaran (blue-ocean-strategy).  Ingat, untuk menjadi insan yang luar-biasa bertindaklah secara luar-biasa (bukan gila, tapi gila-gila), 
kerana sekali kita tunduk (malu ke...) .........impian dan matlamat kita sudah dicuri (padan muka, memang bersedia untuk dicuri).  
JOM bergeraklah dalam JEMAAH (TNPOD8581) dengan SATU ISTIQAMAH, SATU IMPIAN dan SATU MATLAMAT.  
Jadikanlah diri kita IKON dan KHALIFAH yang memberi makna kepada kehidupan 
dan bukannya menjadi salah satu sampah untuk dikutip di tepi jalanan (menyusahkan orang).
JOM JOIN KITA.


Petang 6.15 Hari Rabu Tarikh....

MINDA JUTAWAN TIP 10 : FORMULA ORIGINAL MLM (FOM) TNPOD8581

Formula Original MLM (FOM) diperkenalkan oleh rangkaian TNPOD8581 dalam bisnes MLM Hai-O.  FOM merupakan penegasan kepada konsep 5S iaitu pertama, "selling" (menjual); kedua, "sponsoring" (menaja); ketiga, "service-follow-up" (perkhidmatan selepas menaja); keempat, "schooling" (sistem latihan:open university) dan kelima, "strategy" (bagaimana bertindak).  Kejayaan mengetahui, memahami dan melaksanakan 5S menjadikan bisnes MLM ini berbentuk harmoni, penuh kejujuran, tanggungjawab, dan fleksibel; sebaliknya, gagal menghayati 5S atau kurang salah satu akan mewujudkan apa dinamakan sebagai skim piramid, skim cepat kaya, yang ternyata tersasar dari bisnes MLM sebenar.  Kesannya, wujud ketidak harmonian, penuh kepalsuan, tiada kejujuran, tidak bertanggungjawab dan kegagalan untuk berubah menurut keadaan.

Sunday, 25 September 2011

MINDA-JUTAWAN TIPS 9 : "NAK REZEKI MUDAH, BERTAMBAH DAN KAYA"?


TIPS BISNES MLM,

Bisnes MLM menekankan kepada "pembinaan rangkaian" melalui proses "penajaan".  Pembinaan rangkaian atau "Networking" penting kerana hubungan antara pemimpin (Upline) dan dipimpin (Downline) saling lengkap-melengkapi.  Wujud hubungan dua hala menekankan kepada "smart-partnership" dan "win-win situation", pemimpin dan dipimpin memahami peranan dan tanggungjawab.  Dalam rangkaian ini, pemimpin sememangnya dipimpin dan yang dipimpin akan menjadi pemimpin.  Bisnes MLM menjadi cepat dan lancar apabila wujudnya "silaturrahim" dan "ukhuwwah" yang mantap.  Apakah kaitan antara "networking" dengan "silaturrahim"?  Dalam Islam, "silaturrahim" dihubungkan dengan "penajaan" iaitu membina hubungan, dan hubungan ini diperkukuhkan melalui "networking" atau "ukhuwwah".  Membina "silaturrahim" (menaja), memperkukuh dan memperkembangkan bermakna rezeki mudah, meningkat dan diperkayakan (mewah).  Sebaliknya jika "silaturrahim" diputuskan makan rezeki susah, jatuh dan mungkin hilang. Maka jom kita membina "silaturrahim" kepada sesiapa sahaja insan dan diperkukuhkan melalui "ukhuwwah" kerana semua pihak akan beruntung, tidak ada insan yang akan menang 100% dan tidak ada insan yang akan kalah 100%.  Anda buat anda dapat, dan inilah keadilan bisnes MLM dan apabila dihubungkan dengan persoalan "silaturrahim" dan "ukhuwwah". JOM BINA SILATURRAHIM DAN UKHUWWAH agar bisnes kita sentiasa dirahmati, diberkati dan "menjadi pembayar zakat terbanyak". AMIN,
              

Monday, 19 September 2011

Premium Beautiful Lifestyle: KOLEKSI TEKS UCAPAN 1

TEKS UCAPAN
SEMPENA DIAMOND NITE MAC 2011
MIECC SERI KEMBANGAN
VVIP : DATO ISMAIL SABRI YAACOB
MENTERI DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEPENGGUNAAN DAN KOPERASI (KODNKK)


Yang Amat Berbahagia, Dato Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Kementerian
         Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK),
Yang Berbahagia Tan Sri Osman S Cassim, Pengerusi Kumpulan Hai-O Enterprise,
Yang Berbahagia lagi disayangi ayahanda Encik Tan Kai Hee,
         Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O Merangkap
         Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang Dihormati, pengarah-pengarah kumpulan Hai-O,
Yang Dihormati, tetamu-tetamu jemputan VIP Hai-O,
Yang Berbahagia Encik Ng Lip Yong, Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang Dihormati Encik Hasni Bin Mohamad, penasihat Hai-O,
Yang Dihormati Encik Jimmy Ouw, Pengurus Besar Hai-O Marketing Sdn Bhd dan
          barisan pentadbiran Hai-O Marketing,
Yang Dihormati pemimpin-pemimpin usahawan CDM-CDM,
Yang Disayangi lagi dihargai barisan pemimpin-pemimpin hebat di bawah rangkaian
         Saya,
Yang Diraikan barisan pemimpin-usahawan masa depan Hai-O berpangkat DSM-DDM dan Penerima Anugerah Tabung Kereta,
Usahawan-usahawan Hai-O dan bakal-bakal prospek yang sedang mencari peluang,
Dan para hadirin dan hadirat sekalian.

Dengan kalimah  Bismillahi’ Rahman’nir Rahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Salam perkenalan, salam persahabatan, salam persaudaraan dan salam perjuangan 1Keluarga 1Malaysia 1Impian dihulurkan dari saya CROWN DIAMOND MANAGER SAFIAH BINTI YOSOP dan pasangan, CDM JAMSARI BIN MOKTAR.  Segala puji-pujian dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita dapat berkumpul dalam majlis gilang-gemilang Diamond Nite Edisi Mac 2010.  Semoga majlis ilmu dan motivasi ini akan dirahmati dan diberkati, diberikan keampunan dan perlindunganNya.  Syukur Alhamdulillah, kami merupakan pasangan suami-isteri Bumiputera pertama mencapai tahap tertinggi, suami-isteri berpangkat CDM. Kami mengambil keputusan bulat untuk menjadi generasi terakhir dalam keluarga bekerja makan gaji berpindah menjadi usahawan sepenuh masa bersama Hai-O, bersedia berubah dan menjadi agen kepada perubahan. Usahawan MLM merupakan suatu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan menurut standardnya. Hai-O My Choice For Life.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Di kesempatan ini, ingin dirakamkan jutaan terima kasih kepada TETAMU KEHORMAT, Dato’ Ismail Sabri Yaacob Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) kerana sudi hadir untuk melihat hebatnya perniagaan berbentuk MLM  Hai-O Marketing.  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Dato’ dan kementerian, khususnya mengenai sektor perniagaan jualan langsung yang menjadi teras kepada perniagaan Hai-O.  Pada malam berbahagia ini, pastinya Dato’ akan dapat berkenalan dengan kami, dan Dato’ telah, sedang dan akan menyaksikan hebatnya budaya Hai-O yang terhasil dari hebatnya perniagaan bersama Hai-O Marketing.  Disinilah, Hai-O menjadi landasan dan pentas kepada kami untuk dilahirkan, digilap dan dijadikan sebagai seorang usahawan MLM yang tulen.  Bagi kami, Hai-O Marketing merupakan sebuah “universiti terbuka” (open university) untuk melahirkan graduan-graduan usahawan yang cemerlang, berdisiplin dan berketerampilan. Together We Achieve.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan Hai-O terutama kepada ayahanda Encik Tan Kai Hee, seorang usahawan yang telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul dalam perniagaan ini.  Beliau menjadi IKON dan MENTOR kepada kelahiran, kemunculan dan merealisasikan pencapaian yang memberangsangkan di kalangan pemimpin-usahawan MLM Hai-O terutamanya di kalagan usahawan Bumiputera.  Yang Berhormat Dato, kenapa kami semua sebagai pemimpin-usahawan di Hai-O amat menyayangi, menghormati dan menyanjung tinggi beliau sehingga digelar sebagai ayahanda kepada kami semua?  Dari lubuk hati kami yang ikhlas, ayahanda Tan Kai Hee merupakan seorang insan yang berkeperibadian tinggi, mesra dan ramah, pemurah dan dermawan, merendah diri tetapi bijak dan berwawasan, ikhlas dan jujur, menekankan pentingnya “keharmonian” dan “persaudaraan”, malah prihatin kepada keadaan.  Dan inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau yang menyebabkan beliau sangat dikagumi, disanjungi dan dihormati.  Walaupun berbeza warna kulit dan kepercayaan, budaya dan warisan, malah pertuturan tetapi bukanlah penghalang untuk membentuk jalinan kerjasama dalam sesebuah negara berbilang kaum di Malaysia ini.  Beliau merupakan “Arkitek” kepada Hai-O dgn kemunculan pemimpin-pemimpin usahawan bertahap tinggi dalam industri jualan langsung di Malaysia, dan pastinya selepas ini melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa bermula dengan Indonesia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus Besar Hai-O Marketing, yang juga merupakan tulang-belakang kepada kejayaan Hai-O.  Beliau merupakan seorang insan berjiwa besar dan menitikberatkan kesepaduan kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.  Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Encik Jym Oow.  Beliau banyak membantu para usahawan mempertingkatkan prestasi pemasaran masing-masing dengan cara yang cukup berhikmah dan nama beliau sentiasa berada di hati kami.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah kepada barisan pemimpin-pemimpin usahawan Hai-O antaranya   rakan seperjuangan CDM Suhailah Bt Yusof, CDM Mohd Azmir Abdul Aziz; .  Tahniah diucapkan kepada bakal pemimpin masa depan Hai-O yang dirai dan dianugerahkan pada malam gilang-gemilan ini iaitu penerima anugerah pangkat DSM seramai 439 usahawan, DDM seramai 105 usahawan dan Penerima Anugerah Tabung Kereta seramai 45 usahawan.   Kepada pemimpin-usahawan masa depan ini, perjuangan kita belum selesai.  Marilah kita bersama-sama bergabung tenaga membentuk kerjasama untuk merealisasikan visi dan mimpi untuk memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan bersama Hai-O dengan melahirkan 1Keluarga 1Usahawan.  Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk memastikan setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya seorang usahawan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Yang Berhormat Dato’, di Universiti Terbuka Hai-O, kami dilatih dan dibimbing menerusi sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan dengan menitikberatkan ilmu pengetahuan mengenai perniagaan MLM dan digabung-jalin dengan pengalaman-pengalaman berharga, akhirnya inilah titik-tolak kemunculan pemimpin-usahawan yang berketerampilan.  Bagi kami sendiri, saya terlibat dalam perniagaan MLM Hai-O kerana tertarik dengan manfaat dari penggunaan produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FIR jenama Premium Beautiful.  Produk ini membantu mempertingkatkan kualiti kesihatan pengguna dan hari ini, Alhamdulillah ianya telah mencetuskan revolusi pakaian dalam cukup hebat di Malaysia dan kini diikuti dengan produk sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi FIR-NANO jenama Beautiful Bio-Aura.  Bermula dengan mengguna produk, seterusnya bersedia berkongsi pengalaman mengguna akhirnya, menjadikan produk ini sebagai suatu bentuk perniagaan yang amat hebat di Malaysia.   Dan matlamat kami ialah untuk melahirkan seberapa ramai usahawan sejati Bumiputera di Hai-O dan industri ini, sebagai suatu kerjaya ibadah tetapi mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mementingkan persoalan moral dan etika dalam perniagaan.  

Di pentas ini, kami telah membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya memiliki “skill” (kecekapan) dan kebijaksanaan untuk mengejar peluang menjadi usahawan cemerlang, bukan sekadar usahawan biasa-biasa malah sebahagiannya telah mencapai tahap usahawan-jutawan dan usahawan multi-jutawan.  Di pentas ini, semua orang memiliki peluang yang sama untuk mencipta perubahan dan kejayaan dalam kehidupan.  Perubahan dapat dicapai dengan pra-syarat mereka memiliki sifat-sifat seorang usahawan sejati iaitu sentiasa berfikiran positif, kreatif, innovatif (mencipta), dan bertindak pro-aktif.

Marilah bersama-sama kita berganding bahu meletakkan visi dan misi secara bersama. Prinsip Simbiosis iaitu “saling lengkap melengkapi sebagai suatu budaya perniagaan Hai-O”, walaupun wujud persaingan pastinya ianya bersifat “konflik dalam kerjasama”. Namun begitu, sememangnya tidak dinafikan wujudnya permasalahan yang timbul sehingga mewujudkan persepsi yang salah, tanggapan negatif dan tidak benar terhadap perniagaan jualan langsung termasuk di Hai-O.  Bagi kami, sekiranya mereka melakukan pelanggaran perundangan dan melanggar etika, selayaknya mereka diberikan peringatan, amaran dan hukuman.  Dan sebagai usahawan tulen sejati, kami tetap memperjuangkan sistem perniagaan MLM yang tulen dengan menekankan kepada kehebatan dan manfaat produk, pelan pemasaran yang telus dan bertanggungjawab dan melakukan tindakan “servis-follow-up” yang sistematik.  Berdasarkan kepada peredaran masa, Hai-O bersedia untuk melakukan transformasi dalam perniagaan jualan langsung selaras dengan perubahan dan pembaharuan yang sedang berlaku. Bermula dari hari ini, marilah kita bersama-sama menjadikan perniagaan MLM sebagai suatu perniagaan yang murni dalam proses menjadi pemimpin-usahawan sejati dan tulen. Sense of Belongings.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Syukur Alhamdulillah, Hai-O kini pada landasan yang tepat untuk muncul sebagai MODEL atau contoh sebuah syarikat jualan langsung yang telah merintis, mencetuskan revolusi dan melakukan transformasi dalam proses melahirkan pemimpin-usahawan Bumiputera berprestasi tinggi dalam industri jualan langsung.  Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Maju Berpendapatan Tinggi.  Sehingga Januari 2010, Hai-O Marketing telah melahirkan seramai 323 usahawan berpangkat CDM, dan menanti beratus-ratus dan beribu-ribu pengedar yang sedang berusaha untuk mencipta pencapaian dan kejayaan.

Berdasarkan fakta-fakta ini, Hai-O sebagai model khasnya, dan industri jualan langsung amnya akan memberikan impak dan kesan penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.  Perlu diingat, perniagaan jualan langsung telah menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.  Melaluinya wujud percukaian; zakat dan sedekah, dan sumbangan sebagai tanggungjawab sosial; membantu mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran; membasmi kemiskinan. Dalam konteks yang lebih luas membantu mempertingkatkan pegangan ekuiti orang Melayu dalam pegangan ekonomi dan menjadi instrumen untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di Malaysia.  Selaras dengan dasar kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu untuk mewujudkan kesimbangan antara kaum dan membantu membasmi kemiskinan ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Melalui hasil kerja tangan “Arkitek Hai-O” dan bentuk kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan syarikat, pemimpin-usahawan, persatuan malah agensi-agensi kerajaan dan pengguna, maka di Hai-O, “Beza Memang Berbeza”.  Di Hai-O, kita dapat menyaksikan wujudnya secara praktikal “perkongsian pintar” (smart partnership) dan “situasi menang-menang” (win-win situation) antara kaum Melayu dan bukan Melayu dalam membina bangsa 1Hai-O 1Malaysia.  Ide mantan PM Tun Mahathir Muhammad ini kemudiannya disulami dengan cita-cita melahirkan Melayu Berpersonaliti Unggul oleh mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi dan di Hai-O ini berlaku.  Munculnya pemimpin-pemimpin usahawan Melayu yang cemerlang, berkredibiliti, berkesinamabungan dan jalinan ini diteruskan melalui pembentukan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan PM Datu Seri Najib Tun Razak, dan slogan kita Ayahanda Encik Tan Kai Hee adalah “ARKITEK KEPADA KELAHIRAN USAHAWAN BUMIPUTERA DI HAI-O” dan dalam industri jualan langsung di Malaysia.  Terima kasih sekali lagi, kerana telah menyediakan landasan dan pentas kepada kami terutama usahawan Bumiputera untuk mencipta peluang, membina impian dan memenuhi harapan menjadi insan yang berbakti kepada negaranya.
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hai-O telah muncul menjadi jenama perniagaan yang hebat dan ini dibuktikan melalui penerimaan pengiktirafan dan penganugerahan di peringkat tempatan dan antarabangsa.  Antara anugerah berprestij yang diterima oleh Hai-O dan memberikan kesan kepada pertumbuhan perniagaan ialah:
                     Pertama, pada tahun 2007, Hai-O telah menerima Anugerah Khas Gerak Usahawan 2007 dalam kategori “Sumbangan Ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” disampaikan oleh mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
                    Kedua, pada tahun 2008, Hai-O telah menerima “Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika” disampaikan oleh bekas Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad.
                    Ketiga, pada tahun 2009, Hai-O telah menerima “Malaysian Business-CIMA Enterprise Governance Awards 2009” disampaikan oleh Dato’ Seri Mustapha Mohammad menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian dan anugerah “The BrandLaurete Awards 2009” disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
                     Keempat, di peringkat antarabangsa Hai-O menerima “Anugerah Forbes Asia ‘Best Under A Billion’ tiga tahun berturut2, tahun 2007, 2008 dan 2009.
                     Dan terkini, Anugerah CSR Perdana Menteri disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.  Anugerah CSR atau “Corporate Social Responsbility” diberi kepada syarikat-syarikat yang memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab sosial.  Dan Hai-O menerima anugerah dalam kategori “EMPOWERMENTOF WOMEN” iaitu antara syarikat paling ramai melahirkan usahawan wanita dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa.  Tahniah sekali lagi, kerana pada majlis ini 10 usahawan wanita Hai-O telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menerima Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang.  Satu bentuk penghargaan amat bermakna kepada usahawan wanita dan bagaimana dengan usahawan lelaki? Tidakkah anda tercabar dengan anugerah ini?

Tuan-tuan dan puan-puan,
Di pentas Hai-O ini, para usahawan dan pengedar yang layak tanpa membezakan pangkat dan kedudukan sentiasa dihargai dengan memberikan pengiktirafan dan penganugerahan, malah diberikan insentif dan promosi yang berterusan sebagai suatu galakan.  Bermula dari pangkat SM sehingga CDM, setiap pencapai akan dirai dan dianugerahkan. Dan paling menyeronokkan di sini, anda berpeluang menyertai Seminar Pelancongan Luar Negara secara “ZERO COST” yang disediakan oleh pihak syarikat.  Contohnya, sepanjang 9 tahun kami menyertai Hai-O, kami telah mengunjungi lebih dari 25 destinasi paling popular di seluruh dunia. Terbaru, seramai 899 usahawan Hai-O telah melancong ke Beijing menerusi Hai-O dengan kos hampir RM3juta.  Dan kini, kami berusaha untuk mendapatkan pakej insentif percuma Umrah-Ziarah atau pelancongan Switzerland 2010.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum menutup bicara ini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada pihak syarikat Hai-O yang telah menjadi landasan dan pentas untuk “kita berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa” terutamanya ayahanda Encik Tan Kai Hee dan tidak lupa kepada Encik Jym Oow, pengurus besar yang memiliki perancangan dan wawasan futuristik, bijak dan berani, dan Encik Tajudin Bin Ali, pengurus pemasaran yang kuat bekerja dan gigih, serta sentiasa memberikan kerjasama tanpa rasa jemu dan penat.  Sekalung penghargaan paling istimewa buat barisan rakan kongsi yang sentiasa di hati, gabungan kerjasama anda dalam membentuk rangkaian yang hebat, kukuh dan mantap pasti menjad ikon masyarakat Malaysia. 

Akhir bicara, pastikan kita bersama-sama menghayati kata-kata ini, “TO BE THE BEST JOINT THE SUCCESS HAI-O, MY WORLD IS MY HAI-O”.  BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN

Sunday, 18 September 2011

FROM PRODUCT TO PROJECT I-KISS POWER2U

Berdasarkan Formula Original MLM (FOM) yang diperkenalkan oleh TNPOD8581, menekankan pentingnya produk kepada pengguna, mendidik pengguna mengenai "manfaat produk".  Sesiapa pun kalau diminta membeli produk tentu mereka akan menolak.  Kenapa? Pertama, manfaat dan kehebatan produk dan kedua, mereka fikir kita nak ambil duit mereka.  Maka, "jangan jual produk" prospek tak suka, tetapi "jual kehebatan produk" prospek suka dan percaya.  Pengajarannya, buatlah demo produk dan hasilkan testimoni hebat.  Tapi kena ingat, kalau "jual" sahaja tanpa menaja, itu bukan bisnes MLM itu konvensional.  Maka, selepas DEMO PRODUK maka perkenalkan PROJEK untuk mereka yang berminat SAHAJA. Tak minat, jangan presentasi projek...BUANG MASA. Masa kita amat berguna untuk berkongsi peluang bisnes dengan prospek lain yang lebih bersedia untuk mendengar. Maka INGAT, "From Product To Project". SALAM.

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST

BLOG ARKIB : POST TERKINI