JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Monday, 19 September 2011

Premium Beautiful Lifestyle: KOLEKSI TEKS UCAPAN 1

TEKS UCAPAN
SEMPENA DIAMOND NITE MAC 2011
MIECC SERI KEMBANGAN
VVIP : DATO ISMAIL SABRI YAACOB
MENTERI DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KEPENGGUNAAN DAN KOPERASI (KODNKK)


Yang Amat Berbahagia, Dato Ismail Sabri Yaacob, Menteri di Kementerian
         Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK),
Yang Berbahagia Tan Sri Osman S Cassim, Pengerusi Kumpulan Hai-O Enterprise,
Yang Berbahagia lagi disayangi ayahanda Encik Tan Kai Hee,
         Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O Merangkap
         Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang Dihormati, pengarah-pengarah kumpulan Hai-O,
Yang Dihormati, tetamu-tetamu jemputan VIP Hai-O,
Yang Berbahagia Encik Ng Lip Yong, Pengarah Urusan Hai-O Marketing Sdn Bhd,
Yang Dihormati Encik Hasni Bin Mohamad, penasihat Hai-O,
Yang Dihormati Encik Jimmy Ouw, Pengurus Besar Hai-O Marketing Sdn Bhd dan
          barisan pentadbiran Hai-O Marketing,
Yang Dihormati pemimpin-pemimpin usahawan CDM-CDM,
Yang Disayangi lagi dihargai barisan pemimpin-pemimpin hebat di bawah rangkaian
         Saya,
Yang Diraikan barisan pemimpin-usahawan masa depan Hai-O berpangkat DSM-DDM dan Penerima Anugerah Tabung Kereta,
Usahawan-usahawan Hai-O dan bakal-bakal prospek yang sedang mencari peluang,
Dan para hadirin dan hadirat sekalian.

Dengan kalimah  Bismillahi’ Rahman’nir Rahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Salam perkenalan, salam persahabatan, salam persaudaraan dan salam perjuangan 1Keluarga 1Malaysia 1Impian dihulurkan dari saya CROWN DIAMOND MANAGER SAFIAH BINTI YOSOP dan pasangan, CDM JAMSARI BIN MOKTAR.  Segala puji-pujian dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita dapat berkumpul dalam majlis gilang-gemilang Diamond Nite Edisi Mac 2010.  Semoga majlis ilmu dan motivasi ini akan dirahmati dan diberkati, diberikan keampunan dan perlindunganNya.  Syukur Alhamdulillah, kami merupakan pasangan suami-isteri Bumiputera pertama mencapai tahap tertinggi, suami-isteri berpangkat CDM. Kami mengambil keputusan bulat untuk menjadi generasi terakhir dalam keluarga bekerja makan gaji berpindah menjadi usahawan sepenuh masa bersama Hai-O, bersedia berubah dan menjadi agen kepada perubahan. Usahawan MLM merupakan suatu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan menurut standardnya. Hai-O My Choice For Life.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Di kesempatan ini, ingin dirakamkan jutaan terima kasih kepada TETAMU KEHORMAT, Dato’ Ismail Sabri Yaacob Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) kerana sudi hadir untuk melihat hebatnya perniagaan berbentuk MLM  Hai-O Marketing.  Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Dato’ dan kementerian, khususnya mengenai sektor perniagaan jualan langsung yang menjadi teras kepada perniagaan Hai-O.  Pada malam berbahagia ini, pastinya Dato’ akan dapat berkenalan dengan kami, dan Dato’ telah, sedang dan akan menyaksikan hebatnya budaya Hai-O yang terhasil dari hebatnya perniagaan bersama Hai-O Marketing.  Disinilah, Hai-O menjadi landasan dan pentas kepada kami untuk dilahirkan, digilap dan dijadikan sebagai seorang usahawan MLM yang tulen.  Bagi kami, Hai-O Marketing merupakan sebuah “universiti terbuka” (open university) untuk melahirkan graduan-graduan usahawan yang cemerlang, berdisiplin dan berketerampilan. Together We Achieve.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan Hai-O terutama kepada ayahanda Encik Tan Kai Hee, seorang usahawan yang telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul dalam perniagaan ini.  Beliau menjadi IKON dan MENTOR kepada kelahiran, kemunculan dan merealisasikan pencapaian yang memberangsangkan di kalangan pemimpin-usahawan MLM Hai-O terutamanya di kalagan usahawan Bumiputera.  Yang Berhormat Dato, kenapa kami semua sebagai pemimpin-usahawan di Hai-O amat menyayangi, menghormati dan menyanjung tinggi beliau sehingga digelar sebagai ayahanda kepada kami semua?  Dari lubuk hati kami yang ikhlas, ayahanda Tan Kai Hee merupakan seorang insan yang berkeperibadian tinggi, mesra dan ramah, pemurah dan dermawan, merendah diri tetapi bijak dan berwawasan, ikhlas dan jujur, menekankan pentingnya “keharmonian” dan “persaudaraan”, malah prihatin kepada keadaan.  Dan inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau yang menyebabkan beliau sangat dikagumi, disanjungi dan dihormati.  Walaupun berbeza warna kulit dan kepercayaan, budaya dan warisan, malah pertuturan tetapi bukanlah penghalang untuk membentuk jalinan kerjasama dalam sesebuah negara berbilang kaum di Malaysia ini.  Beliau merupakan “Arkitek” kepada Hai-O dgn kemunculan pemimpin-pemimpin usahawan bertahap tinggi dalam industri jualan langsung di Malaysia, dan pastinya selepas ini melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa bermula dengan Indonesia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengurus Besar Hai-O Marketing, yang juga merupakan tulang-belakang kepada kejayaan Hai-O.  Beliau merupakan seorang insan berjiwa besar dan menitikberatkan kesepaduan kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.  Beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Encik Jym Oow.  Beliau banyak membantu para usahawan mempertingkatkan prestasi pemasaran masing-masing dengan cara yang cukup berhikmah dan nama beliau sentiasa berada di hati kami.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Tahniah kepada barisan pemimpin-pemimpin usahawan Hai-O antaranya   rakan seperjuangan CDM Suhailah Bt Yusof, CDM Mohd Azmir Abdul Aziz; .  Tahniah diucapkan kepada bakal pemimpin masa depan Hai-O yang dirai dan dianugerahkan pada malam gilang-gemilan ini iaitu penerima anugerah pangkat DSM seramai 439 usahawan, DDM seramai 105 usahawan dan Penerima Anugerah Tabung Kereta seramai 45 usahawan.   Kepada pemimpin-usahawan masa depan ini, perjuangan kita belum selesai.  Marilah kita bersama-sama bergabung tenaga membentuk kerjasama untuk merealisasikan visi dan mimpi untuk memacu ke arah kecemerlangan dan kegemilangan bersama Hai-O dengan melahirkan 1Keluarga 1Usahawan.  Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk memastikan setiap isi rumah memiliki sekurang-kurangnya seorang usahawan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Yang Berhormat Dato’, di Universiti Terbuka Hai-O, kami dilatih dan dibimbing menerusi sistem latihan kepimpinan dan keusahawanan dengan menitikberatkan ilmu pengetahuan mengenai perniagaan MLM dan digabung-jalin dengan pengalaman-pengalaman berharga, akhirnya inilah titik-tolak kemunculan pemimpin-usahawan yang berketerampilan.  Bagi kami sendiri, saya terlibat dalam perniagaan MLM Hai-O kerana tertarik dengan manfaat dari penggunaan produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi tinggi FIR jenama Premium Beautiful.  Produk ini membantu mempertingkatkan kualiti kesihatan pengguna dan hari ini, Alhamdulillah ianya telah mencetuskan revolusi pakaian dalam cukup hebat di Malaysia dan kini diikuti dengan produk sistem penapis dan merawat air berteknologi tinggi FIR-NANO jenama Beautiful Bio-Aura.  Bermula dengan mengguna produk, seterusnya bersedia berkongsi pengalaman mengguna akhirnya, menjadikan produk ini sebagai suatu bentuk perniagaan yang amat hebat di Malaysia.   Dan matlamat kami ialah untuk melahirkan seberapa ramai usahawan sejati Bumiputera di Hai-O dan industri ini, sebagai suatu kerjaya ibadah tetapi mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mementingkan persoalan moral dan etika dalam perniagaan.  

Di pentas ini, kami telah membuktikan bahawa orang Melayu sebenarnya memiliki “skill” (kecekapan) dan kebijaksanaan untuk mengejar peluang menjadi usahawan cemerlang, bukan sekadar usahawan biasa-biasa malah sebahagiannya telah mencapai tahap usahawan-jutawan dan usahawan multi-jutawan.  Di pentas ini, semua orang memiliki peluang yang sama untuk mencipta perubahan dan kejayaan dalam kehidupan.  Perubahan dapat dicapai dengan pra-syarat mereka memiliki sifat-sifat seorang usahawan sejati iaitu sentiasa berfikiran positif, kreatif, innovatif (mencipta), dan bertindak pro-aktif.

Marilah bersama-sama kita berganding bahu meletakkan visi dan misi secara bersama. Prinsip Simbiosis iaitu “saling lengkap melengkapi sebagai suatu budaya perniagaan Hai-O”, walaupun wujud persaingan pastinya ianya bersifat “konflik dalam kerjasama”. Namun begitu, sememangnya tidak dinafikan wujudnya permasalahan yang timbul sehingga mewujudkan persepsi yang salah, tanggapan negatif dan tidak benar terhadap perniagaan jualan langsung termasuk di Hai-O.  Bagi kami, sekiranya mereka melakukan pelanggaran perundangan dan melanggar etika, selayaknya mereka diberikan peringatan, amaran dan hukuman.  Dan sebagai usahawan tulen sejati, kami tetap memperjuangkan sistem perniagaan MLM yang tulen dengan menekankan kepada kehebatan dan manfaat produk, pelan pemasaran yang telus dan bertanggungjawab dan melakukan tindakan “servis-follow-up” yang sistematik.  Berdasarkan kepada peredaran masa, Hai-O bersedia untuk melakukan transformasi dalam perniagaan jualan langsung selaras dengan perubahan dan pembaharuan yang sedang berlaku. Bermula dari hari ini, marilah kita bersama-sama menjadikan perniagaan MLM sebagai suatu perniagaan yang murni dalam proses menjadi pemimpin-usahawan sejati dan tulen. Sense of Belongings.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Syukur Alhamdulillah, Hai-O kini pada landasan yang tepat untuk muncul sebagai MODEL atau contoh sebuah syarikat jualan langsung yang telah merintis, mencetuskan revolusi dan melakukan transformasi dalam proses melahirkan pemimpin-usahawan Bumiputera berprestasi tinggi dalam industri jualan langsung.  Bertepatan dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Maju Berpendapatan Tinggi.  Sehingga Januari 2010, Hai-O Marketing telah melahirkan seramai 323 usahawan berpangkat CDM, dan menanti beratus-ratus dan beribu-ribu pengedar yang sedang berusaha untuk mencipta pencapaian dan kejayaan.

Berdasarkan fakta-fakta ini, Hai-O sebagai model khasnya, dan industri jualan langsung amnya akan memberikan impak dan kesan penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.  Perlu diingat, perniagaan jualan langsung telah menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara.  Melaluinya wujud percukaian; zakat dan sedekah, dan sumbangan sebagai tanggungjawab sosial; membantu mewujudkan peluang perniagaan dan mengurangkan kadar pengangguran; membasmi kemiskinan. Dalam konteks yang lebih luas membantu mempertingkatkan pegangan ekuiti orang Melayu dalam pegangan ekonomi dan menjadi instrumen untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di Malaysia.  Selaras dengan dasar kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan sebelum ini, iaitu untuk mewujudkan kesimbangan antara kaum dan membantu membasmi kemiskinan ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Melalui hasil kerja tangan “Arkitek Hai-O” dan bentuk kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan syarikat, pemimpin-usahawan, persatuan malah agensi-agensi kerajaan dan pengguna, maka di Hai-O, “Beza Memang Berbeza”.  Di Hai-O, kita dapat menyaksikan wujudnya secara praktikal “perkongsian pintar” (smart partnership) dan “situasi menang-menang” (win-win situation) antara kaum Melayu dan bukan Melayu dalam membina bangsa 1Hai-O 1Malaysia.  Ide mantan PM Tun Mahathir Muhammad ini kemudiannya disulami dengan cita-cita melahirkan Melayu Berpersonaliti Unggul oleh mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi dan di Hai-O ini berlaku.  Munculnya pemimpin-pemimpin usahawan Melayu yang cemerlang, berkredibiliti, berkesinamabungan dan jalinan ini diteruskan melalui pembentukan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan PM Datu Seri Najib Tun Razak, dan slogan kita Ayahanda Encik Tan Kai Hee adalah “ARKITEK KEPADA KELAHIRAN USAHAWAN BUMIPUTERA DI HAI-O” dan dalam industri jualan langsung di Malaysia.  Terima kasih sekali lagi, kerana telah menyediakan landasan dan pentas kepada kami terutama usahawan Bumiputera untuk mencipta peluang, membina impian dan memenuhi harapan menjadi insan yang berbakti kepada negaranya.
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hai-O telah muncul menjadi jenama perniagaan yang hebat dan ini dibuktikan melalui penerimaan pengiktirafan dan penganugerahan di peringkat tempatan dan antarabangsa.  Antara anugerah berprestij yang diterima oleh Hai-O dan memberikan kesan kepada pertumbuhan perniagaan ialah:
                     Pertama, pada tahun 2007, Hai-O telah menerima Anugerah Khas Gerak Usahawan 2007 dalam kategori “Sumbangan Ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” disampaikan oleh mantan PM Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).
                    Kedua, pada tahun 2008, Hai-O telah menerima “Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika” disampaikan oleh bekas Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad.
                    Ketiga, pada tahun 2009, Hai-O telah menerima “Malaysian Business-CIMA Enterprise Governance Awards 2009” disampaikan oleh Dato’ Seri Mustapha Mohammad menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian dan anugerah “The BrandLaurete Awards 2009” disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
                     Keempat, di peringkat antarabangsa Hai-O menerima “Anugerah Forbes Asia ‘Best Under A Billion’ tiga tahun berturut2, tahun 2007, 2008 dan 2009.
                     Dan terkini, Anugerah CSR Perdana Menteri disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.  Anugerah CSR atau “Corporate Social Responsbility” diberi kepada syarikat-syarikat yang memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat sebagai suatu tanggungjawab sosial.  Dan Hai-O menerima anugerah dalam kategori “EMPOWERMENTOF WOMEN” iaitu antara syarikat paling ramai melahirkan usahawan wanita dan bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa.  Tahniah sekali lagi, kerana pada majlis ini 10 usahawan wanita Hai-O telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menerima Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang.  Satu bentuk penghargaan amat bermakna kepada usahawan wanita dan bagaimana dengan usahawan lelaki? Tidakkah anda tercabar dengan anugerah ini?

Tuan-tuan dan puan-puan,
Di pentas Hai-O ini, para usahawan dan pengedar yang layak tanpa membezakan pangkat dan kedudukan sentiasa dihargai dengan memberikan pengiktirafan dan penganugerahan, malah diberikan insentif dan promosi yang berterusan sebagai suatu galakan.  Bermula dari pangkat SM sehingga CDM, setiap pencapai akan dirai dan dianugerahkan. Dan paling menyeronokkan di sini, anda berpeluang menyertai Seminar Pelancongan Luar Negara secara “ZERO COST” yang disediakan oleh pihak syarikat.  Contohnya, sepanjang 9 tahun kami menyertai Hai-O, kami telah mengunjungi lebih dari 25 destinasi paling popular di seluruh dunia. Terbaru, seramai 899 usahawan Hai-O telah melancong ke Beijing menerusi Hai-O dengan kos hampir RM3juta.  Dan kini, kami berusaha untuk mendapatkan pakej insentif percuma Umrah-Ziarah atau pelancongan Switzerland 2010.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum menutup bicara ini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada pihak syarikat Hai-O yang telah menjadi landasan dan pentas untuk “kita berubah dari biasa-biasa menjadi luar-biasa” terutamanya ayahanda Encik Tan Kai Hee dan tidak lupa kepada Encik Jym Oow, pengurus besar yang memiliki perancangan dan wawasan futuristik, bijak dan berani, dan Encik Tajudin Bin Ali, pengurus pemasaran yang kuat bekerja dan gigih, serta sentiasa memberikan kerjasama tanpa rasa jemu dan penat.  Sekalung penghargaan paling istimewa buat barisan rakan kongsi yang sentiasa di hati, gabungan kerjasama anda dalam membentuk rangkaian yang hebat, kukuh dan mantap pasti menjad ikon masyarakat Malaysia. 

Akhir bicara, pastikan kita bersama-sama menghayati kata-kata ini, “TO BE THE BEST JOINT THE SUCCESS HAI-O, MY WORLD IS MY HAI-O”.  BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST