JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Friday, 18 May 2012

SIRI KULIAH BISNES MLM : SENI BISNES TERHEBAT



SIRI
KULIAH BISNES MLM
BERSAMA
SENI BISNES TERHEBAT
JAMSARI BIN MOKTAR DAN SAFIAH BT YOSOP


KENAPA MLM?

PENULIS 
6.1       BIROKRASI : LESEN ATAU PERMIT PERNIAGAAN MLM
              Seseorang yang ingin menyertai sesebuah syarikat jualan langsung tidak diperlukan untuk mendapatkan lesen atau permit perniagaan.  Menurut peraturan yang ditetapkan, anda akan diterima, dilantik dan diiktiraf sebagai seorang pengedar bebas atau wakil jualan syarikat tersebut hanya setelah anda ditaja dan mendaftarkan diri.  Sebagai pengedar bebas anda terikat dengan peraturan dan etika yang telah digariskan oleh syarikat jualan langsung manakala syarikat tertakluk di bawah Akta Jualan Langsung 1993 dan pengguna dilindungi juga oleh Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP)  Berbeza dengan perniagaan berbentuk konvensional termasuk francais, anda dikehendaki memohon lesen atau permit perniagaan berdasarkan kepada jenis, modal, lokasi, cukai kastam atau eksais bergantung kepada bentuk perniagaan anda.  Ini merupakan sebahagian dari proses birokrasi dalam perniagaan serta tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh kerajaan.  Dengan merujuk kepada bentuk perniagaan francais, anda akan dikenakan peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditentukan oleh pemilik francais induk dengan kadar yuran dan premium yang agak tinggi bergantung kepada jenama atau “Brands”produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

6-2   SIAPAKAH BOLEH MENYERTAI MLM? SETIAP ORANG BOLEH MENYERTAI
             Dalam MLM anda akan melihat berbagai golongan manusia dari pelbagai umur menyertai perniagaan ini.  Dalam perniagaan tiada pertanyaan mengenai ijazah, diploma, sijil atau taraf pendidikan yang diperlukan sebaliknya dua aspek penting perlu diambilkira bagi seseorang yang ingin menyertai MLM iaitu pertama, samada anda berminat untuk merebut peluang ini dan kedua, samada anda berkeinginan untuk belajar  Kebanyakan daripada mereka yang Berjaya dalam MLM tiada pengalaman dalam bidang pemasaran.  Tidak ada orang akan bertanya berapakah modal yang diperlukan untuk menyertai perniagaan ini.  Sebenarnya, modal bukanlah suatu kemestian dalam perniagaan ini?  Bagaimana prospek-potensi yang memiliki keazaman tinggi untuk berubah dalam kehidupan melalui perniagaan?  Kebanyakan syarikat MLM membenarkan menjadi ahli dengan yuran kurang daripada RM100.00.  Samada orang itu kaya atau tidak mereka boleh memulakan network marketing.  Di sana juga terdapat mereka yang tidak memiliki kereta, talipon dan bergerak pantas.  Adakah mereka boleh Berjaya?  Sudah tentu mereka boleh Berjaya berbanding dengan si kaya kerana mereka memiliki MOTIVASI YANG TINGGI.  Tidak ada orang yang akan menghina anda walaupun anda cacat.  Mereka ini biasanya akan diberikan bantuan istimewa dan amat diambilberat dalam rangkaian.  Kejayaan sebenarnya dating dari diri anda dan bukan orang lain.  Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menyertai perniagaan ini.

6-3   TIADA MASA
             Masa merupakan salah satu bentuk pelaburan amat penting dalam kehidupan.  Sekiranya anda bekerja maka masa anda laburkan untuk mendapatkan suatu pulangan yang terhad dan tetap.  Sekiranya anda berniaga secara konvensional, maka anda perlu melakukan kerja yang sama setiap hari dan masa, dan sekiranya tidak melakukannya anda akan kehilangan peluang pendapatan pada waktu tersebut.
          Kira secara kasar pendapatan anda sekiranya anda meneruskan pelaburan masa anda dalam bidang pekerjaan.  Dan akhirnya anda dapat mengambilkira bagaimana dengan kadar inflasi, bagaimana dengan kos hidup, bagaimana dengan cukai, dan ada kerja ada gaji.  Dan akhirnya dihujung kerjaya anda berapakah yang anda akan dapat?  Jika anda mengorbankan masa yang sama dalam network marketing, semestinya perniagaan anda akan meletup, anda bangun tidur tanpa perlu menunggu jam loceng bordering, dan adakah anda hendak sewaktu pencen mendapat RM600 sebulan dan bagaimana dengan pelancongan.  Bila anda melabur, anda pasti menunggu hasilnya.  MASA ADALAH WANG, maka melaburlah dengan berhati-hati, dan akan membawa anda menjadi INDEPENDENT.  NETWORK MARKETING merupakan tempat yang tidak memiliki risiko.

6.2   BAGAIMANA DENGAN ‘MODAL’?
              Adakah bentuk perniagaan jualan langsung tidak memerlukan modal?  Dalam perniagaan MLM, modal yang digunakan tidak sekadar bergantung kepada sumber kewangan semata-mata.  Bagi mereka yang tidak memiliki sumber kewangan, mereka memerlukan modal dalam bentuk yang berbeza tetapi tidak membebankan iaitu modal dari segi kreatif dan innovatif yang melambangkan kebijaksanaan dan kewibawaan dalam melaksanakan penjualan, penajaan dan perkhidmatan;  modal dari segi kebijaksanaan menggunakan kontaks atau hubungan dalam lingkungan kehidupan, dan sebagainya.  Ini menunjukkan modal yang digunakan adalah seminima mungkin dan tidaklah menjadi halangan kepada yang memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk terlibat dalam perniagaan ini.  Sekiranya memiliki sumber kewangan yang mencukupi dan disertakan dengan beberapa modal bukan dalam bentuk sumber kewangan, anda akan muncul sebagai seorang usahawan MLM yang berjaya.  Sebaliknya, walaupun anda memiliki sumber kewangan yang mencukupi tetapi tiada sokongan daripada modal bukan kewangan pastinya anda akan menghadapi masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang lebih getir, dan akan menggugat keyakinan anda terhadap perniagaan jualan langsung.  Ini bermakna dalam MLM modal berbentuk kewangan bukanlah suatu keutamaan penting dan risiko kerugian amat minima.  Bentuk perniagaan konvensional, sama ada perniagaan kecil atau pun menubuhkan sebuah syarikat memerlukan modal dari segi kewangan dan menghadapi risiko kerugian lebih tinggi.  Untuk menubuhkan sebuah syarikat, sejumlah besar modal diperlukan sebagai modal berbayar dan modal kerja bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan; memerlukan premis tetap iaitu pejabat sebagai pusat pentadbiran dan pengurusan perniagaan atau kedai sebagai pusat pameran dan jualan atau gudang sebagai pusat penyimpanan stok;  memerlukan sejumlah tenaga kerja yang terlatih atau pun tidak; dan sebagainya.  Sebahagian daripada modal ini merupakan aset tetap atau tidak tetap dalam perniagaan dan dalam masa yang sama juga merupakan satu bentuk tanggungan (liabiliti) kepada syarikat dari segi membayar pinjaman dari institusi kewangan, membayar sewa atau sewa-beli aset, membayar gaji pekerja, dan sebagainya.

6-3  TOOLS
            Adakah anda hendak melakukan sesuatu tanpa memerlukan alat bantuan (ilmu pengetahuan)?  Jika anda ingin mengembangkan dalam rangkaian MLM anda, anda memerlukan tools untuk membantu anda.  Support material amat penting dalam bentuk tools, latihan sistematik kerana anda akan dilatih oleh orang yang sudah Berjaya dalam MLM termasuk sistem MLM.  Apa yang penting mereka mengajar anda untuk menjadi Berjaya dan ianya bukan bersifat teori semata-mata tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman.  Satu perkara cukup penting ialah MOTIVASI, dan anda akan bertemu semua bentuk manusia.  Mesyuarat MLM tidak sekadar untuk ilmu pengetahuan semata-matanya sahaja, tetapi bagaimana mental kejayaan.  Anda harus Berjaya sebagaimana rakan sekelilingnya.

6-4  BAGAIMANA DENGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : RANGKAIAN ATAU
     PENGGAJIAN.
              Mengenai pengurusan sumber manusia (human management) dan tenaga kerja.  Dalam perniagaan jualan langsung, seseorang usahawan MLM tidak memerlukan tenaga kerja atau pekerja berbanding perniagaan konvensional tetapi persamaan di antara keduanya ialah pengurusan sumber manusia.  Dalam perniagaan MLM, tenaga kerja merupakan rakan kongsi yang ditaja dan kebijaksanaan melalui kaedah psikologi dengan kemahiran berkomunikasi dan bermotivasi akan dapat menguruskan sumber manusia.  Kejayaan untuk menguruskan sumber manusia akan meningkatkan perniagaan kumpulan anda dan jaringan perniagaan.  Dalam perniagaan konvensional anda memerlukan sejumlah tenaga kerja terlatih atau tidak dan memerlukan satu sistem pengurusan sumber manusia yang sistematik, kerana di sini terbentuk hubungan antara majikan dan pekerja yang digariskan melalui peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh syarikat dan pihak pemerintah atau kerajaan.

6.4  BAGAIMANA DENGAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN?
              Perniagaan MLM memperlihatkan bagaimana produk atau perkhidmatan disalurkan kepada golongan pengguna secara terus melalui tingkat atau perantaraan orang tengah yang tunggal iaitu usahawan-usahawan MLM.  Kesannya, bagi sesetengah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat jualan langsung amat rendah harganya berbanding di pasaran dan ini menguntungkan pengguna tersebut.  Berbanding dengan bentuk perniagaan konvensional yang terpaksa melalui beberapa tingkat orang tengah untuk sampai ke tangan pengguna, dan sudah tentu akan mempengaruhi harga produk atau perkhidmatan tersebut di pasaran.  Untuk lebih jelas mengenai tingkat-tingkat ini, lihat rajah berikut:







No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST