JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Tuesday, 6 March 2012

TIP SENI BISNES TERHEBAT 1 : REKRUT DOWNLINE YANG MEMILIKI KEGHAIRAHAN UNTUK BERUBAH.

EDIT...Ingat bisnes MLM dapat dikekalkan momentumnya apabila disertai oleh para pemimpin-usahawan dan usahawan MLM yang sentiasa memiliki keghairahan terhadap bisnes ini.  Menyertai bisnes ini, seumpama setiap hari adalah "orang baru" atau "baru menyertai" walaupun mungkin anda sudah terlibat lebih dari 10 tahun.  Untuk besarkan bisnes dan kembangkan rangkaian, bagaimanakah sifat atau bentuk prospek-potensi menjadi PILIHAN atau KEUTAMAAN untuk direkrut atau ditaja?  Tajalah prospek-potensi yang memiliki dan menunjukkan KEGHAIRAHAN (PASSION) amat tinggi untuk berubah, bersedia untuk dibimbing, menunjukkan sikap berkobar-kobar, bermotivasi dan bersemangat tinggi, tidak sabar untuk bertindak, BERANI menyertai bisnes ini dengan membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh persekitaran (pilihan) dan sentiasa menunjukkan pemikiran positif....ITULAH prospek-potensi yang sentiasa dicari...dan mungkin bukan 100% tetapi, pastinya anda akan bertemu sekiranya anda kerap bertemu dengan insan bernama prospek-potensi.  Ingat, rakan kongsi yang memiliki keghairahan yang tinggi akan memberikan motivasi kepada UPLINE kerana, UPLINE akan duplikasi dengan penuh motivasi apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan dalam bisnes ini.  Termasuk motivasi kepada SIDELINE atau rakan-kongsi, IMPAKNYA kerana keghairahan bisnes ini akan menjadi semakin menarik dan menggembirakan. kerana kegembiraan dapat dicapai secara team-work dan kesukaran atau masalah dapat diselesaikan secara team-work.  Kalaulah anda memilih mereka yang tidak memiliki keghairahan, BERMAKNA anda sedang berhadapan dengan MAYAT HIDUP iaitu mereka yang sudah mati sebelum waktunya, penuh dengan negatif dan pasif, maka tinggalkannya jangan buang masa, kerana bagi kita masa amat berharga dan bernilai.  Ingat, jangan sampai kita pula terpengaruh dengan mereka yang tiada keghairahan atau manusia yang gagal, kerana sekali kita mengikuti mereka CONFIRM KITA akan menyertai mereka yang gagal, malah boleh menjadikan kita BANGKRAP IDE malah boleh menyebabkan jatuh miskin.  Maka ingat, MINDA KAYA VS MINDA MISKIN.  JOM KITA BURU mereka yang memiliki keghairahan untuk sukses dalam hidup, AMIN.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST

BLOG ARKIB : POST TERKINI