JOM JOIN KITA : GOLDEN-DREAM PROGRAMME 2016

Thursday, 1 March 2012

TIP MINDA-JUTAWAN 32 : GENERASI TERAKHIR MAKAN GAJI.

Percayalah...nak ajak orang Melayu bisnes bukanlah sesuatu yang mudah.  Bila sebut bisnes muka akan menjadi merah-padam dan tegang, dan terus tunjukkan tidak minat bisnes.  Apatah lagi kalau dipromosikan dengan bisnes berbentuk MLM.  Lagilah, sebahagiannya bukan sekadar menolak malah mewujudkan pandangan bertentangan.  Jangan salahkan mereka...jadi kita bertanggungjawab menjelaskan mengenai bisnes berbentuk MLM yang berpaksikan "Formula Original MLM" (FOM) dan itulah, sebahagian tanggungjawab kita sebagai pemimpin-usahawan dan bakal pemimpin-usahawan masa depan yang cemerlang.  Ingat, bisnes berbentuk MLM atau NETWORK MARKETING merupakan "suatu kerjaya yang berkredibiliti, berwibawa dan menurut standardnya" setanding dengan profesion profesional lain samada di sektor awam atau sektor swasta, dan lebih sesuai dan layak dibandingkan dengan kecemerlangan tokoh pelaburan dan pemodalan, pengurusan "top-level" dan CEO-CEO atau COO-COO di syarikat multinasional, GLC atau pun sektor korporat.  Contohnya, ada yang sukses sebagai usahawan-jutawan memiliki aset bernilai berjuta-juta dalam tempoh singkat.  HEBAT...CEMERLANG...MENAKJUBKAN itulah bisnes MLM.



Majoriti orang Melayu, bila sebut perniagaan muka akan menjadi merah padam dan teruskan menunjukkan tidak minat bisnes.  Apatah lagi kalau dipromosikan dengan bisnes MLM.  Jangan salahkan mereka tetapi...perbaiki budaya iaitu budaya kerja makan gaji kita tukar kepada budaya perniagaan.
Yalah...budaya kerja makan gaji ini diwarisi semenjak zaman British yang telah membuat pembahagian ekonomi dan sosial-budaya berdasarkan kepada kaum.  Iaitu orang Melayu wajib bertumpu di sektor kerajaan dan terlibat dalam pertanian komersil berskala kecil tetapi untuk secukup hidup.  Maka apa yang diwariskan telah diperturunkan iaitu belajar tinggi, belajar separu atau tak pelajar, untuk menjadi mudah dalam hidup ialah kerja makan gaji, kerana tanpa memikirkan apa-apa  setiap bulan mendapat pendapatan.  Dan perubahan tetap tidak berlaku kerana sekadar meneruskan budaya sedia ada.
Maka jom kita menjadi generasi terakhir bekerja makan gaji dalam rantaian keluarga anda, kerana perubahan berganda datangnya dari perubahan pemikiran dan tindakan berskala luar-biasa dari kerja makan gaji kepada perniagaan tanpa had pendapatan.
Seronoknya, yang hendak mengajak bisnes ini biasanya seorang yang lebih berpendapatan dan berkedudukan.  Mungkin anda pernah mendengar, aku yang gaji besar dan berjawatan tinggi contohnya RM20K sebulan pun buat bisnes, sebab boleh buat duit mudah dan ada peluang, kenapa nak dilepaskan, dan biasanya mereka cepat sukses kerana gaya kerja berpendapatan tinggi akan diaplikasikan dalam perniagaan MLM, hasilnya memang menakjubkan.  Bagaimana pula dengan yang bergaji kecil, setengahnya sudah menyerah kepada keadaan...kesian dan menyayat hati kerana ada ruang untuk berubah tetapi menangguhkan perubahan dan bermakna menangguhkan kekayaan seumpama, hari ini mesti lebih baik dari hari semalam, dan sekiranya hari ini lebih teruk dari semalam maka celakalah anda.  Mereka yang biasa-biasa ini biasanya tidak berfikiran luar-biasa, penuh dengan prejudis dan negatif, dan inilah peranan penting dan cabaran yang diterima oleh kita.


SORRY...UNDER CONSTRUCTION.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

SENARAI POPULAR-POST